Ebit Liew selamatkan lembu hampir lemas dibawa arus banjir di Segamat

Ebit Liew selamatkan lembu hampir lemas dibawa arus banjir di Segamat

Ebit Liew selamatkan lembu hampir lemas dibawa arus banjir di Segamat. Pendakwah terkenal, Ebit Lew pada Jumaat, menarik perhatian ramai apabila memuat naik video menerusi aplikasi TikTok menyelamatkan seekor lembu yang hampir lemas dibawa arus banjir.

Video berdurasi 58 saat itu memaparkan Ebit, atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew yang menaiki bot bersama dua lagi lelaki dipercayai sedang melakukan tinjauan banjir di sekitar Segamat telah menyelamatkan lembu berkenaan menggunakan tali dan menariknya hingga ke kawasan yang selamat.

Ebit turut memuat naik kapsyen ringkas yang keseluruhannya menggambarkan rasa syukur kerana berjaya menyelamatkan lembu berkenaan daripada lemas.

Ebit Liew selamatkan lembu hampir lemas dibawa arus banjir di Segamat

“Sedih tengok lembu dah nak lemas semalam dekat Segamat. Alhamdulillah, dapat bantu tarik ke atas,” katanya menerusi kapsyen berkenaan.

Video berkenaan berkenaan mendapat sebanyak 4,687 tanda suka daripada netizen yang turut memberikan pelbagai reaksi di ruangan komen.

Rata-ratanya melahirkan rasa terharu dan menyifatkan haiwan berkenaan bakal menjadi saksi (di akhirat) terhadap Ebit atas tindakan yang dilakukannya itu.

Untuk rekod, daerah Segamat ketika ini merupakan daerah yang mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi di Johor dengan merekodkan seramai 12,258 mangsa daripada 3,511 keluarga.

Kesemua mangsa berkenaan kini ditempatkan di 78 pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah berkenaan.

Baca Lagi:
Baru seminggu kahwin, mak mertua paksa anak kahwin lain jika isteri belum mengandung
Tular video sekumpulan kanak-kanak bijak jawab kuiz agama buat netizen kagum
Hasrat tempah khidmat seks terbantut, duit melayang dirompak suami pelacur
CATEGORIES