Ebit Lew hadiah motosikal baharu kepada ‘Makcik Maskot

Ebit Lew hadiah motosikal baharu kepada ‘Makcik Maskot

Ebit Lew hadiah motosikal baharu kepada ‘Makcik Maskot. Pendakwah bebas dan aktivis masyarakat terkenal, Ebit Lew menyentuh hati ramai pihak apabila menghadiahkan sebuah motosikal buat ‘mak cik maskot’.

Menerusi perkongsian Ebit di akaun Facebooknya, mak cik tersebut difahamkan tidak mempunyai kenderaan untuk keluar mencari rezeki.

“Sebak rasa masa terbaca kisah mak cik berusia 66 tahun ni yang waktu malam mencari rezeki dengan menjadi maskot.

Ebit Lew hadiah motosikal baharu kepada 'Makcik Maskot

“Hidup berdua dengan suami tiada anak. Tiada kenderaan kereta atau motor. Naik Transit Aliran Ringan (LRT) untuk bergerak kemana-mana. Sampai lewat malam di Uptown Danau Kota.

“Hadiahkan motor untuk mak cik ni. Mak cik gembira. Katanya tak pernah dapat hadiah begini,” tulisnya.

Tambah Ebit, dia juga turut mendoakan agar mak cik yang bersikap lembut dan baik ini sentiasa dibawah peliharaan Allah.

@ustazebitlew Sebak rasa masa terbaca kisah makcik berusia 66 tahun ni yang waktu malam mencari rezeki dengan menjadi maskot. Hidup berdua dengan suami tiada anak. Tiada kenderaan kereta atau motor. Naik lrt untuk bergerak kemana-mana.#ebitlew #fyp #ebitlew #fyp ♬ Setia Berbalas Dusta – Arief

Terdahulu Kosmo! melaporkan mak cik berkenaan mencari rezeki dengan memakai ‘maskot’ bagi menghiburkan orang ramai di Bazar Malam Wangsa Maju.

Kelihatan sesekali warga emas terbabit keletihan dan membuka ‘maskot’ dipakainya untuk menghirup udara segar ketika dalam kepayahan mencari rezeki.

Baca Lagi:
Exco Perak hantar pulang pesakit warga emas yang menunggu lama di pondok pengawal
Warga emas 82 tahun cedera parah rumah dirempuh MPV
Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri RM700 kepada penjawat awam akan dibayar pada 17 April ini
CATEGORIES