Duit syiling 4 tingkat dalam ‘Kedai Mat Sabu’ di Batu Kurau jadi tarikan pengunjung, tak ada yang berani curi

Photo of author

By Syima Iza

Baru-baru ini, sebuah kedai runcit popular di Batu Kurau, Perak tular kerana konsep kedai yang tidak dikunci dan bekas duit syiling setinggi 4 tingkat telah mencuri tumpuan ramai

Menerusi video yang dimuat naik oleh @hazwanhfiz di laman X, kelihatan keadaan di dalam kedai runcit itu sangat teratur.

Difahamkan, ia dibuka 24 jam sehari dan 365 hari setahun. Bermakna, kedai runcit tersebut tidak pernah ditutup. Malah, ia tidak pernah berkunci.Bukan itu saja, apa yang lebih menarik perhatian adalah terdapat bekas duit syiling setinggi empat tingkat yang dikatakan nilainya hampir mencecah hampir RM100,000.

Duit syiling 4 tingkat dalam 'Kedai Mat Sabu' di Batu Kurau jadi tarikan pengunjung, tak ada yang berani curi

“Orang Batu Kurau panggil ‘Kedai Mat Sabu’. Masuk kedai runcit dia, mata lebih tertarik dengan duit syiling 4 tingkat di tepi meja.

“Dulu duit syiling letak dalam bakul raga ja. Tokey pesan siapa boleh angkat bakul duit syling ni, boleh bawa balik.

La ni nohh dah 4 tingkat.

“Ada orang tanya tak takut ka kena rompak duit banyak-banyak tu?

Silakan masuk rompak kalau anda berani. Silap-silap tak keluar kedai la.
Tokey bukan kosong,” katanya.

Baca Juga:
Restoran diarah tutup serta merta selepas suami isteri jumpa bangkai tikus dalam kuah tosai
Puteri Sarah terkejut ditawar RM15,000 sebagai ‘peneman’ VIP
‘Apa masalah kau?’ – Pemandu undur kereta secara mendadak selepas bayar tol undang tanda tanya