“Duduk kelas OKU boleh la dapat no 3”- Bapa luah rasa kecewa disindir individu, tak boleh ke saya nak rasa sedikit kegembiraan?

Photo of author

By Syima Iza

“Duduk kelas OKU boleh la dapat no 3”- Bapa luah rasa kecewa disindir individu, tak boleh ke saya nak rasa sedikit kegembiraan?

Seorang bapa meluahkan rasa kecewa apabila terdapat individu yang mempertikaikan kejayaan anaknya sehingga sanggup menghina kanak-kanak tersebut hanya kerana berstatus Orang Kelainan Upaya (OKU).

Menerusi perkongsian di akaun Facebook miliknya, Apih CN, beliau berkongsi hantaran di status WhatsApp tentang kejayaan anaknya yang berjaya mendapat tempat ketiga dalam kelas.

"Duduk kelas OKU boleh la dapat no 3"- Bapa luah rasa kecewa disindir individu, tak boleh ke saya nak rasa sedikit kegembiraan?

“Semalam beli baju sekolah petang, hari ini ada sesi fotografi sebab dapat nombor tiga dalam kelas,” tulis Apih dalam perkongsian tersebut.

Namun begitu, hantaran itu dibalas secara sinis oleh seorang kenalan yang juga merupakan pelanggan di kedainya.

“Sebab duduk dalam kelas budak-budak OKU boleh la dapat nombor tiga juga dalam kelas. Cuba kalau duduk kelas murid normal, tak adanya nak boleh dapat nombor. Silap-silap nombor terakhir sekali,” sindir individu terbabit.

Apih kemudian meluahkan rasa kesalnya, mempersoalkan salahkah untuk beliau berkongsi kegembiraan sebagai seorang bapa apabila melihat kejayaan anaknya.

“Sakitnya sampai ke hati, tuan puan. Tak bolehkah saya merasa sedikit kegembiraan? Tak layakkah saya meraikan kejayaan kecil ini? Hina sangatkah anak saya sehingga tidak layak diterima masyarakat?” soal Apih penuh emosi.

Perkongsian itu mendapat perhatian ramai dan menjadi tular di media sosial.

“Kalau kena pada saya, tahu la saya bahasakan cukup-cukup. Spesis ‘makhluk’ macam ini tak perlu kita beradab. Buang saja nombor ‘makhluk’ itu dari senarai WhatsApp awak,” kata seorang pengguna bernama Adinda Siti.

“Tahniah adik dapat nombor tiga! Hebat! Raikan kejayaan dia walaupun nampak kecil di mata orang lain. Kita bahagia dengan cara kita sendiri,” ujar Farah Hanum memberi sokongan.

Baca Juga:
Pesohor TikTok ajak orang ramai naik Ferrari percuma pada 11 Januari ini
Gadis Jepun puji naik tren di Malaysia lebih selamat, tidak ada ‘Bumbing man’
Suami isteri muat naik foto mesra di media sosial, boleh atau tidak?