Dua warga emas bergaduh sampai berguling atas tanah kerana berebut suami

Photo of author

By Syima Iza

Dua warga emas bergaduh sampai berguling atas tanah kerana berebut suami.

Perbuatan dua warga emas yang bertengkar sehingga berguling di atas tanah kerana berebut seorang lelaki, mengundang perhatian orang ramai, lapor saluran berita Tribunnews semalam.

Kejadian berlaku di sebuah pasar yang terletak di Kampung Masalili, Muna, dalam wilayah Sulawesi Tenggara pada Jumaat lalu.

Dua warga emas bergaduh sampai berguling atas tanah kerana berebut suami

Dua wanita berkenaan hanya dikenali sebagai WI dan WP.

Perselisihan itu berlaku apabila suami kepada WI dikatakan berjanji untuk mengahwini WP.

Bagaimanapun, janji manis itu tidak ditunaikan sehingga membuatkan WP berang.

Hubungan sulit itu kemudian terbongkar dan diketahui si isteri sehingga kedua-dua mereka menyerang antara satu sama lain di tengah pasar.

Sebuah klip video memaparkan orang ramai cuba meleraikan pergaduhan tersebut.

Rakaman itu menjadi tular di media sosial dan mengundang perhatian orang ramai.

Baca Juga:
Jenazah suami dibakar walaupun sudah peluk Islam, ini penjelasan pelakon Jennifer Coppen
Lelaki buang rantai berlian bernilai RM27,000 dalam tong sampah
Suami kejar, langgar kereta isteri bersama anak kerana cemburu