Dua warga asing cuba culik budak perempuan di pusat beli belah berjaya ditangkap orang awam

Dua warga asing cuba culik budak perempuan di pusat beli belah berjaya ditangkap orang awam

Dua lelaki warga asing ditahan orang awam selepas cuba melarikan seorang kanak-kanak di sebuah pusat beli-belah dekat Klang Sentral, 7.30 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, kejadian berlaku ketika pengadu sedang menaiki eskalator bersama adik perempuan sambil memimpin tangan anak berusia setahun tujuh bulan.

Beliau berkata, secara tiba-tiba datang dua orang lelaki warga asing yang tidak dikenali dari arah belakang.

Dua warga asing cuba culik budak perempuan di pusat beli belah berjaya ditangkap orang awam

“Salah seorang suspek bertindak mengangkat anak pengadu dari arah belakang.

“Pengadu kemudian menjerit dan menarik semula anaknya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, kedua-dua suspek bertindak melarikan diri namun berjaya ditangkap oleh orang awam di tempat kejadian sebelum diserahkan kepada polis.

Katanya, kedua-dua suspek telah mendapat perintah tahanan reman selama tiga hari dari Mahkamah Klang.

Baca Juga:
Lelaki luah perasaan, bos tempat kerja minta RM100 seorang untuk majlis buka puasa dengan geng pejabat
Kanak-kanak 4 tahun maut terjatuh dari tingkat 16 kuaters hospital
Wanita mengamuk beli nasi lemak di bazar Ramadan, sambal seperti sos keropok lekor
CATEGORIES