Dua tahun mampu simpan RM26,000, pembantu rumah ini kongsi cara jimat wang walaupun gaji kecil

Photo of author

By Syima Iza

Dua tahun mampu simpan RM26,000, pembantu rumah ini kongsi cara jimat wang walaupun gaji kecil.

Seorang pembantu rumah berusia 27 tahun dan ibu kepada dua anak berjaya menyimpan hampir 200,000 baht (RM26,000) selepas dua tahun walaupun pendapatannya hanya 12,000 baht (RM1,600) sebulan, lapor portal berita MSNews semalam.

Kisah wanita berkenaan menjadi tular selepas dia memuat naik video di platform TikTok menceritakan cara dia berjimat cermat walaupun berpendapatan rendah.

Dua tahun mampu simpan RM26,000, pembantu rumah ini kongsi cara jimat wang walaupun gaji kecil

Setiap bulan, dia membelanjakan 3,500 baht (RM457) untuk sewa rumah, 1,000 baht (RM130) untuk membeli peralatan dan kos internet sebanyak 300 baht (RM39).

Selain itu, dia juga memperuntukkan 4,000 baht (RM522) untuk anak-anaknya.

Selepas menyelesaikan pelbagai perbelanjaan lain, wanita itu memperuntukkan kira-kira 2,000 baht (RM260) untuk kegunaan peribadi, manakala baki wang dimasukkan ke dalam simpanannya.

Ibu tersebut berkata, dia menjalani gaya hidup yang sangat berjimat demi masa depan anak-anaknya.

“Disebabkan mereka, saya perlu bekerja keras. Jika apa-apa berlaku kepada saya, sekurang-kurangnya mereka akan mempunyai simpanan ini,” katanya.

@pornporn.2540 แคะไว้ก่อน ถ้าวันนี้ฉันไม่มีลูก ฉันก็อาจจะยอมแพ้กับอะไรง่ายๆ แต่ในวันที่เป็นแม่ถ้าฉันยอมแพ้ แล้วลูกจะพึ่งพาใคร ถึงไม่มาก แต่ภูมิใจมาก กับการหาเงินเลี้ยงลูกคนเดียว #ออมเงิน ♬ เสียงต้นฉบับ – น้ำตาล รัญสิดา – namtan_plda

Baca Lagi:
Pengantin bersanding di tanah perkuburan raih perhatian ramai
Ini kos dan anggaran keuntungan buka kedai dobi yang ramai tak tahu
Dr Kamilin kongsi amalan bakti yang boleh dibuat anak untuk ibu bapa yang dah meninggal dunia