Dua pelajar UniKL mati lemas ketika berkelah

Photo of author

By Syima Iza

Dua pelajar UniKL mati lemas ketika berkelah. Perkelahan tujuh pelajar Universiti Kuala Lumpur (UniKL) di sini berakhir tragedi apabila dua daripada mereka lemas ketika bermandi di Sungai Chiling Peretak, di sini, tengah hari Jumaat.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu tiba di lokasi kejadian pada pukul 12.21 tengah hari selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 12 tengah hari.

“Sebelum pasukan bomba tiba, mangsa pertama sudah dibawa naik rakan-rakan mereka sementara mangsa kedua ditemukan pada pukul 12.45 tengah hari ketika operasi pencarian dilakukan,” katanya dalam kenyataan di sini, pada Jumaat.

Dua pelajar UniKL mati lemas ketika berkelah

Mengulas lanjut, Norazam berkata, mangsa dikenali sebagai Shaik Rahim Khan Salauddin dan Muhammad Arief Haiqal Azhan masing-masing berusia 21 tahun.

Menurutnya, kesemua pelajar itu dipercayai tiba di lokasi pagi Jumaat.

Baca lagi :
Anggota bomba bergelut tangkap ular sawa 6 meter menyorok dalam syiling rumah
Tiktoker terkenal rentung terperangkap dalam kren yang terbakar, meletup
Isteri pergi buang air ditinggal suami sejauh 150km