Dua lelaki dipercayai mabuk belasah pekerja kedai mamak

Dua lelaki dipercayai mabuk belasah pekerja kedai mamak

Dua lelaki dipercayai mabuk belasah pekerja kedai mamak. Tular video memaparkan insiden pergaduhan membabitkan dua individu dengan pekerja di sebuah restoran mamak.

Menerusi video yang dimuat naik di laman Twitter @twt_cyberjaya yang kini tersebar di media sosial, kelihatan seorang individu berbaju kelabu bertindak mengasari seorang pekerja restoran berkenaan.

Kekecohan berterusan apabila seorang lagi individu yang memakai baju hitam dan topi berwarna merah turut masuk campur dan cuba memukul pekerja restoran menggunakan alatan dipercayai besi penyepit makanan.

Dua lelaki dipercayai mabuk belasah pekerja kedai mamak

Dia kemudian dilihat bertindak mencampakkan pinggan di lantai.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku pada malam Khamis di sebuah restoran mamak di Cyberjaya.

Namun tidak dapat dipastikan punca kekecohan tersebut.

Hasil tinjauan di ruangan komen, warga maya berpendapat individu yang melakukan kekecohan berkenaan berada dalam keadaan mabuk kerana berkelakuan seperti di bawah pengaruh alkohol.

Setakat ini, belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa mengenai insiden berkenaan.

Baca Lagi:
‘Saya nak lawat kubur bini saya’ – Anggota polis tembak isteri rayu nak lawat kubur arwah
3 lelaki serang pekerja restoran nasi kandar Cyberjaya setelah berang ditegur ambil lauk guna tangan
Pelajar kahwini guru selepas sabar menunggu selama 5 tahun
CATEGORIES