Dua lelaki bergaduh gara-gara berebut cas kereta elektrik

Dua lelaki bergaduh gara-gara berebut cas kereta elektrik

Dua lelaki bergaduh gara-gara berebut cas kereta elektrik.

Tular satu klip video memaparkan pergaduhan antara dua pemilik kenderaan elektrik kerana berebut untuk mengecas kereta elektrik

Klip video itu disiarkan dalam akaun Facebook pesohor media sosial One Leg KH, hari ini, namun insiden dipercayai berlaku baru-baru ini.

Dua lelaki bergaduh gara-gara berebut cas kereta elektrik

Kejadian itu dipercayai berlaku di sebuah stesen pengecas kenderaan elektrik di China.

Rakaman memaparkan seorang lelaki berbaju gelap enggan melepaskan kabel pengecas walau direbut oleh lelaki berbaju putih, lantaran pergelutan berlaku.

Video berdurasi 27 saat itu berakhir dengan seorang wanita cuba memenangkan kedua-dua individu terbabit.

Keterangan bersama klip video itu memberitahu tentang bilangan kereta elektrik yang jauh lebih tinggi berbanding stesen pengecas yang ada

Baca Lagi:
Hotel Sheraton Imperial tawar tempoh penginapan 24 jam mengikut waktu daftar masuk
Lelaki muncul sebagai ‘Hero’ selepas selamatkan kucing daripada dibaham ular sawa
Toyota lancar model Alphard 2024 secara rasmi di Malaysia, harga RM538,000 tanpa insurans
CATEGORIES