Dua individu pertikai kenderaan mewah kurniaan Agong kepada Anwar disiasat polis

Photo of author

By Syima Iza

Polis membuka kertas siasatan terhadap dua individu berhubung kenyataan berkaitan kenderaan mewah kurniaan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kedua-dua individu tersebut adalah ahli jawatankuasa penerangan Bersatu, Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard dan Bekas Setiausaha Politik, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Muhammad Zahid Md Arip.

Mengesahkan perkara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.

Dua individu pertikai kenderaan mewah kurniaan Agong kepada Anwar disiasat polis

“Ia susulan kenyataan dibuat mereka berkaitan kendera­an baharu digunakan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) yang dikurniakan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.
“Kita sedang melengkapkan kertas siasatan dan akan memanggil mereka berdua bagi membantu siasatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Pemakaian Lencana Pangkat dan Serah Terima Tugas Pengarah dan Pengerusi Perkep Jabatan KDNKA serta Pengarah dan Pengerusi PERKEP JSJN PDRM di Dewan Tan Sri Abd Rahman Hashim di Pulapol, di sini hari ini.

Terdahulu, media melaporkan, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat menggunakan kenderaan baharu jenama Mercedes Benz di Parlimen.

Anwar dilihat menaiki kereta Mercedes berwarna hitam dengan nombor pendaftaran VEV 1158 di mana semakan didaftarkan atas nama Sultan Ibrahim.

Baca Juga:
“Saya sentiasa berdoa agar Allah mengirimkan seorang suami yang terbaik untuk saya di mata-Nya” – Ameera Khan
Lama menghilang dalam industri seni, Azar Azmi tiba-tiba muncul buat ramai peminat terkejut
Keluarga dari neraka! Wanita dedah ‘ditiduri’ 3 ahli keluarga, atuk siang, pakcik malam & ayah waktu subuh