Dua anggota polis ‘kantoi’ peras wang warga asing, isteri pengsan tepi kereta.
Dua anggota yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang ditahan berkaitan kejadian pemerasan wang di Jalan Taming Sari, di sini, yang tular di media sosial.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya menerima satu laporan polis yang dibuat oleh seorang lelaki warga negara asing berhubung video tular yang memaparkan kejadian pemerasan itu.
Menurutnya, hasil semakan video yang tular itu membawa kepada penahanan dua anggota polis yang bertugas di IPD Kajang dan satu kertas siasatan telah dibuka mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan.
“Kedua-dua suspek direman bermula hari ini hingga esok bagi membantu siasatan.
Polis Kontinjen Selangor tidak akan melindungi mana-mana pegawai kanan polis mahupun pegawai rendah polis yang didapati terbabit dalam kesalahan jenayah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
#Kajang Dua anggota yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang ditahan berkaitan kejadian pemerasan wang di Jalan Taming Sari, di sini, yang tular di media sosial. pic.twitter.com/XnrLruy3Xb
— #UpdateInfo🇲🇾🌍 (@update11111) July 29, 2024
Beliau menegaskan bahawa siasatan akan dijalankan sepenuhnya mengikut jenayah yang dilakukan tanpa kompromi.
Terdahulu, tular di media sosial menunjukkan dua anggota polis bermotosikal menahan seorang lelaki warga asing dan dipercayai membuat pemerasan wang.