Driver Kembara halang laluan ambulan, rupanya ada masalah..

Photo of author

By Syima Iza

Driver Kembara halang laluan ambulan, rupanya ada masalah..

Beberapa hari lepas, tular di media sosial satu video memaparkan sebuah kereta Perodua Kembara yang didakwa sengaja menghalang laluan sebuah ambulan. Difahamkan, ambulan tersebut sedang membawa pesakit kecemasan.

Menurut Buletin TV3, pesakit dalam ambulan berkenaan telah disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital dan pemandu berkenaan telah dikenakan tindakan oleh pihak polis.

Driver Kembara halang laluan ambulan, rupanya ada masalah..

Namun begitu, isteri kepada mendiang, Annie Andrew telah memuat naik hantaran di Facebook mengenai kematian suaminya dan memaklumkan dia telah dihubungi oleh keluarga pemandu kereta kembara tersebut.

Driver kembara ada masalah pendengaran kronik

Menerusi hantaran itu, Annie Andrew berkata anak kepada pemandu kembara telah mewakili keluarganya dan menghubungi Annie untuk membuat permohonan maaf. Namun, anak kepada pemandu itu memberitahu keadaan bapanya yang mempunyai masalah pendengaran.

Untuk maklumam pihak sis dan keluarga bagi kes viral semalam, bapa saya bukanlah sengaja menghalang laluan ambulan. Tetapi beliau mempunyai masalah pendengaran yang kronik (disahkan doktor pakar pada tahun 2017).

Beliau tidak mendengar siren ambulan dan tetap memberi laluan kepada ambulan setelah beliau sedar apabila telah dihighlightkan beberapa kali dari belakang.

Pihak keluarganya pun sudah selesai kes di balai polis trafik Sri Aman namun walaupun tidak sengaja, bapanya tetap juga dikompaun.

“Janganlah perkara sama berlaku kepada orang lain..”

Sehubungan itu, Annie telah menasihati keluarga pemandu itu untuk sentiasa memastikan bapa mereka tidak memandu selepas ini ataupun perlu memakau alat bantu pendengaran ketika memandu. Ia bagi memastikan perkata yang sama tidak terjadi lagi kepada orang lain.

Silalah pastikan bapa saudari tidak memandu lagi selepas ini atau kalau bapa saudari perlu memandu kenderaan tersebut, sila pastikan bapa saudari memakai alat pendengaran sebelum memandu kenderaan.

Keadaan ini amat membahayakan bukan hanya kepada pekara ini.. banyak lagi perkara lain boleh terjadi.. janganlah perkara yang sama akan berulang kedua kali dan belaku pada orang lain..

Dalam hantaran yang sama, Annie juga menasihati orang ramai agar tidak membuat apa-apa spekulasi mengenai kejadian itu.

Baca Juga:
Suami meninggal dunia angkara pemandu bongkak halang beri laluan pada ambulans
Peniaga R&R Perasing berdepan tindakan undang-undang setelah wanita maut makan sandwich beracun
Pelajar 15 tahun pukul rakan bertalu-talu dengan topi keledar selepas ajakan ponteng ditolak