
Driver JKM sujud syukur atas bumbung kereta semasa diselamatkan
Driver JKM sujud syukur atas bumbung kereta semasa diselamatkan. Umum mengetahui, negara di saat ini sedang menghadapi situasi bencana banjir apabila enam negeri di Malaysia terjejas akibat hujan lebat yang berterusan sejak semalam (1 Mac).
Susulan itu, pelbagai pihak dan jabatan sudah mula mengerakkan aset-aset yang dimiliki mereka bagi membantu mangsa banjir yang terkandas.
Lelaki terkandas akibat banjir buat sujud syukur semasa diselamatkan
Semalam, tular juga rakaman seorang lelaki melakukan ‘sujud syukur’ selepas dia diselamatkan oleh anggota penyelamat yang menaiki bot di sebuah kawasan ladang kelapa sawit di Johor.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @apies__oren, kelihatan keadaan di kawasan ladang kelapa sawit itu sudah ditenggelami air.
Terpaksa berdiri atas bumbung kereta akibat paras air yang tinggi
Dalam video tersebut, kelihatan lelaki terbabit berdiri di atas bumbung kereta berwarna hitam sedang melambai-lambai ketika bot penyelamat menghampiri dirinya.
Lebih mengharukan, ketika bot penyelamat ingin mengambil dirinya, dia terus melakukan sujud syukur di atas bumbung kereta yang hampir ditenggelami akibat paras air yang tinggi itu.
@apies__oren Alhamdulillah Bantuan Selamat Sampai…Sujud Syukur Sejurus Bantuan Tiba.. #banjirjohor #banjir2023 #banjir #fyp #prayforjohor ♬ suara asli – Bill Akustik | IG: billwinata – Bill Akustik ✪
Difahamkan, lelaki terbabit merupakan seorang pemandu yang berkhidmat di Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) Johor.
Memindai ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial turut memanjatkan rasa syukur melihat mangsa yang berjaya diselamatkan selain sebak melihat situasi tersebut.
“Allah maha kuasa”