Driver Axia dicekup buat maksiat dengan kekasih dipercayai pelajar sekolah

Photo of author

By Syima Iza

Driver Axia dicekup buat maksiat dengan kekasih dipercayai pelajar sekolah. Tular di media sosial video seorang lelaki muda didapati sedang berasmara dengan pasangannya di dalam kereta, mengundang pelbagai reaksi netizen.

Berdasarkan video berdurasi 23 saat itu, pasangan berkenaan sedang melakukan perbuatan tidak senonoh itu di tempat letak kereta di lokasi yang tidak dinyatakan.

Perakam dan seorang lagi rakannya kemudian datang menghampiri kereta itu untuk melihat dengan lebih dekat dan mendapati lelaki terbabit berada di tempat duduk penumpang hadapan dan kekasihnya yang memakai baju Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) ‘duduk’ di atas paha lelaki itu.

Driver Axia dicekup buat maksiat dengan kekasih dipercayai pelajar sekolah

Apabila ditanya apa yang sedang mereka lakukan, pemandu Axia itu memberikan alasan bahawa dia sedang ‘membantu’ kekasihnya yang sakit sebelum meminta perakam memadamkan video itu daripada telefon bimbitnya.

Dua lelaki itu kemudian menasihatkan pemandu berkenaan untuk memasang ‘tinted gelap’ sebelum beredar dari lokasi kejadian.

Bagaimanapun di media sosial, netizen mengesyaki lelaki itu mengambil kesempatan ke atas kekasihnya yang dipercayai remaja bawah umur. Apatah lagi perbuatan tidak senonoh itu dilakukan di tempat awam.

“@PDRMsia, mereka melakukan perbuatan tidak senonoh di kawasan umum. Mohon ambil tindakan,” kata Apeace.

“OMG! Jelas sekali budak itu masih bawah umur,” kata Siddiq.

Baca Lagi:
Taksub dengan pelajar wanita muslim, lekaki China hantar daging babi sebab kecewa cinta tak berbalas
Sebijik macam Sudin, lakonan miming aksi Bujang Lapok pemuda 21 tahun ini cuit hati netizen
Lelaki hadiahkan home theather berisi bom kepada bekas kekasih pada hari perkahwinan