Dr Kamilin kongsi amalan bakti yang boleh dibuat anak untuk ibu bapa yang dah meninggal dunia

Photo of author

By Syima Iza

Dr Kamilin kongsi amalan bakti yang boleh dibuat anak untuk ibu bapa yang dah meninggal dunia.

Kehilangan ibu bapa adalah salah satu perkara paling menyedihkan bagi mereka yang bergelar anak. Mana tidaknya, ibu bapa adalah insan yang membesarkan kita dengan penuh kasih sayang sejak kecil hingga dewasa.

Malah, ramai anak yang bersedih kerana kehilangan doa dan restu daripada orang tua, yang kini tiada lagi bersama mereka untuk selamanya.

Dr Kamilin kongsi amalan bakti yang boleh dibuat anak untuk ibu bapa yang dah meninggal dunia

Namun, sebagai seorang anak, adalah penting untuk sentiasa mengingati dan membalas jasa serta pengorbanan ibu bapa, walaupun mereka telah pergi meninggalkan kita.

Bakti Yang Boleh Dilakukan Untuk Ibu Bapa Yang Sudah Meninggal Dunia

Baru-baru ini, Ahli Majlis Fatwa Wilayah Persekutuan dan Perlis, Dr. Kamilin Jamilin, melalui satu hantaran di laman TikTok, berkongsi beberapa amalan bakti yang boleh dilakukan oleh anak-anak untuk ibu bapa yang telah meninggal dunia.

Walaupun mereka telah tiada, terdapat banyak perkara yang boleh dilakukan untuk menyedekahkan pahala kepada mereka.

@drkamilinjamilin ❤️ Bakti Terbaik Buat Orang Tua Yang Telah Meninggal Dunia~ #HadisNabi ♬ original sound – Dr. Kamilin Jamilin

“Ibu dan bapa kita di alam barzakh lebih memerlukan bakti daripada kita di dunia. Walaupun dunia ini bersifat sementara, akhiratlah yang menentukan sama ada kita bahagia atau sengsara,” kata Dr. Kamilin.

Antara jenis bakti yang boleh dilakukan termasuk:

1. Istighfar & Doa

Amalan pertama ialah beristighfar dan berdoa agar Allah SWT mengampuni dosa mereka.

“Istighfar akan mengangkat darjat mereka ke syurga,” jelas beliau.

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

“Sesungguhnya Allah akan mengangkat darjat bagi seseorang hamba yang soleh di syurga. Maka dia berkata: Wahai Tuhan, dari mana aku dapat ini? Allah berfirman: dengan istighfar anak kamu kepadamu.”

([Riwayat Ahmad, 10610])

“Tiada apa yang lebih diperlukan oleh seorang arwah selain rahmat Tuhannya. Doakan mereka setiap kali kita berdoa, solat, atau mengangkat tangan.

“Ramai yang hanya rajin mendoakan ibu bapa ketika baru kehilangan mereka. Lama-kelamaan, doa ini menjadi jarang, sehingga kita mungkin mula melupakan mereka,” tambah beliau.

2. Sedekah

Seterusnya, bersedekahlah setiap hari untuk ibu bapa, walaupun sedikit. Banyak cara untuk bersedekah atas nama ibu bapa, seperti belanja orang makan atau menanam pokok.

“Setiap kali menyuapkan anak makan, ingatlah kepada ibu bapa yang pernah menyuapkan kita. Doakan mereka, dan niatkan sedekah itu untuk ibu dan ayah,” kata Dr. Kamilin.

3. Langsaikan Hak Allah & Manusia

Amalan terakhir ialah melangsaikan hak Allah dan hak manusia yang belum tertunai, seperti menunaikan haji, qada puasa, atau membayar hutang orang lain bagi pihak mereka.

“Itu juga sebaik-baik bakti yang boleh kita lakukan untuk mereka. Bakti kita kepada ibu bapa tidak berakhir ketika mereka memejamkan mata, tetapi berterusan sehingga kita pula memejamkan mata,” ujar beliau.

Dengan melaksanakan amalan-amalan ini, kita bukan sahaja dapat berbakti kepada ibu bapa yang telah tiada, tetapi juga memastikan hubungan kasih sayang.

Baca Juga:
Juruterbang dedah ini sebab utama penumpang dinasihat buat ‘Mod Pesawat’ sepanjang penerbangan
“Sihat itu mahal”- Kafe ini cipta menu baharu kopi campur indomie undang reaksi kurang senang warganet
Pegang lengan Fattah Amin dua kali, wanita baju kurung hitam dikecam netizen