Dr Amalina bangga dijemput ke Istana Buckingham bertemu Raja Charles III

Photo of author

By Syima Iza

Dr Amalina bangga dijemput ke Istana Buckingham bertemu Raja Charles III. Pakar bedah kelahiran Malaysia, Dr. Nur Amalina Che Bakri meluahkan rasa bangga apabila dijemput ke Istana Buckingham, London untuk bertemu Raja Charles III dan Permaisuri.

Menerusi perkongsian di laman Instagramnya, Amalina berkata, jemputan tersebut adalah bagi mewakili negara pada pertemuan yang dianjurkan baginda di istana tersebut.

“Ia adalah satu penghormatan untuk bertemu Duli Yang Maha Mulia Raja Charles III dan Permaisuri pada majlis resepsi di Istana Buckingham, mewakili Malaysia.

Dr Amalina bangga dijemput ke Istana Buckingham bertemu Raja Charles III

“Kami berbesar hati kerana dijemput untuk bertemu dengan ahli keluarga diraja dan mereka yang bekerja dengan keluarga diraja ini serta pelbagai lapisan masyarakat yang telah menyumbang kepada komuniti di UK dan di luar negara,” ujarnya.

Dalam pada itu, Amalina berkata, kali terakhir dia bertemu Raja Charles III adalah pada tahun 2017.

Jelas beliau, ketika itu baginda adalah Putera Wales dan telah datang melawat Hospital Diraja London di mana tempat dia bekerja selepas serangan pengganas London Bridge.

“Saya adalah salah seorang doktor dalam pasukan yang merawat mangsa,”ujarnya.
Baca Lagi:
Beruang masuk kampung, anggota bomba cedera kena gigit
Jika BERSATU bersih sila jelaskan mengapa dalam masa singkat ada dana RM300 Juta – Anwar
Kanak-kanak 6 tahun selamber jer masak ‘Char Kuetiau’ buat ramai kagum