Doktor wanita gantung diri selesai solat Dhuha, tertekan dengan bebanan kerja

Photo of author

By Syima Iza

Doktor wanita gantung diri selesai solat Dhuha, tertekan dengan bebanan kerja.

Penduduk kampung takalar dihebohkan dengan penemuan satu mayat wanita yang tergantung di rumahnya pada jam 9 pagi

Bapa mangsa Haji Husain berusia 75 tahun berkata selesai solat subuh, Haji melihat mangsa yang bernama Nur Alfrida berusia 32 tahun baru selesai menunaikan solat subuh dan solat sunat dhuha sambil menangis sekitar jam 8 pagi sebelum melanjutkan tugasan kerjanya di depan laptop.

Doktor wanita gantung diri selesai solat Dhuha, tertekan dengan bebanan kerja

Haji tidak syak apa-apa yang mencurigakan tentang anaknya, Haji Husain sempat menyapa anaknya sebelum keluar rumah membeli kuih. Pada jam 9 pagi, selepas pulang ke rumah, Haji Husain ke bilik tidur anaknya untuk berinya sarapan tetapi pintu tertutup dan berkunci.

Haji Hussain cuba menolak-nolak pintu tapi tidak terbuka dan tiada respon sama sekali daripada mangsa. Kemudian Haji Hussain dengan bantuan orang kampung memecahkan pintu bilik anaknya dan mendapati anaknya telah meninggal dunia dalam keadaan tergantung.

Doktor wanita gantung diri selesai solat Dhuha, tertekan dengan bebanan kerja

Hasil siasatan polis mendapati terdapat kesan jerutan pada leher dan kesan hirisan pada lengan kiri mangsa diduga mangsa cuba bunuh diri dengan cara mengelar lengan tetapi tidak berjaya hingga mangsa bertindak mengantung dirinya sendiri.

Beberapa barangan peribadi mangsa telah diambil polis untuk tujuan siasatan seperti tali,pisau,laptop,kerusi dan seluar dalam.

Menurut keterangan suami mangsa, mangsa pernah cerita kepada suaminya tentang beban kerjanya hingga menganggu emosi mangsa. Mangsa kelihatan seperti kemurungan sejak kebelakangan ini dan sering berharap untuk pindah ke tempat kerja yang lain.

Mangsa tiada masalah kewangan dan hubungan dengan suaminya juga baik.

Motif pembunuhan masih dalam siasatan polis

Baca Lagi:
Wanita terkejut baki wang dalam akaun Maybank melebihi RM400 juta
Pemilik restoran terkejut pelanggan wanita bayar hampir RM53,000 padahal harga makanan hanya RM52
Tegang! Penyokong PAS, BN bertembung di Kemaman, flashmob bertukar kecoh