Doktor terkejut jumpa lalat hidup dalam usus pesakit umur 63 tahun

Doktor terkejut jumpa lalat hidup dalam usus pesakit umur 63 tahun

Doktor terkejut jumpa lalat hidup dalam usus pesakit umur 63 tahun.

Seorang doktor terkejut apabila menemui seekor lalat hidup dalam usus pesakit yang dibedahnya.

Kejadian berlaku di Missouri, Amerika Syarikat ketika pesakit yang berusia 63 tahun sedang dimenjalani pembedahan kolonoscopy, iaitu satu prosedur dimana kamera kecil dimasukkan ke dalam saluran usus untuk melihat sebarang aktiviti tidak normal dalam usus pesakit.

Doktor terkejut jumpa lalat hidup dalam usus pesakit umur 63 tahun

Ketika pemeriksaan dibuat, doktor yang menjalankan prosedur kolonoscopy itu terkejut apabila menemui seekor lalat hidup dalam usus pesakit berkenaan pada bahagian kolon sigmoid.

“Kes ini sangat aneh. Masih kekal misteri bagaimana lalat boleh hidup dalam kolon sigmoid pesakit,” kata doktor itu menerusi American Journal of Gastroenterology.

Menurut laporan, 24 jam sebelum beliau menjalani prosedur terbabit, beliau hanya memakan piza dan jeruk dan tidak pula kelihatan sebarang lalat pada makanan yang dijamahnya.

Doktor terkejut jumpa lalat hidup dalam usus pesakit umur 63 tahun

Baca Lagi:
Warga emas enggan berganjak selepas lihat isteri maut dirempuh kereta ketika sarapan bersama di kopitiam
Persediaan menghadapi banjir, lelaki ini ‘bungkus’ Lamborghini Aventador S miliknya guna plastik besar
Peniaga hidang kopi ‘Joss’ boleh didenda RM10,000 atau penjara
CATEGORIES