Doktor Hospital Kemaman buka baju, raba dada budak perempuan 12 tahun dalam wad

Photo of author

By Syima Iza

Doktor Hospital Kemaman buka baju, raba dada budak perempuan 12 tahun dalam wad. Polis Terengganu menahan seorang doktor perubatan di Hospital Kemaman semalam selepas dipercayai mencabul seorang pesakit kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun di Wad Kanak-Kanak hospital tersebut.

Ketua Polis Terengganu Datuk Rohaimi Md Isa, pihak polis menerima laporan yang dibuat ibu mangsa pada malam Rabu dan doktor lelaki berusia 30 tahun itu ditahan pada 1.50 tengah hari semalam.

“Mangsa memaklumkan bahawa suspek adalah seorang doktor yang merawatnya, telah membuka baju dan meraba dada serta merakam gambar-gambar mangsa melalui telefon bimbit milik suspek. Kejadian berlaku di bilik rawatan wad tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Doktor Hospital Kemaman buka baju, raba dada budak perempuan 12 tahun dalam wad

Rohaimi berkata telefon bimbit milik suspek turut dirampas bagi membantu siasatan.

Polis percaya terdapat ramai lagi mangsa kanak-kanak perempuan, berdasarkan penemuan awal terhadap beberapa gambar dalam telefon bimbit suspek.

“Siasatan lanjut akan dijalankan dan rakaman percakapan saksi lain akan diambil sebagai keterangan di dalam kes ini,” katanya.

Katanya suspek akan dibawa ke mahkamah hari ini untuk mendapatkan perintah reman bagi membolehkan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Baca Lagi:
Mulai hari ini, tak perlu lagi lekat ‘roadtax’ – Anthony Loke
Angkara komen ‘racist’, pemain hoki wanita digantung wakili negara
Dakwaan pemberian kontrak NIISe kepada menantu, Muhyiddin akhirnya buka mulut