Doktor dedah wanita umur 25 tahun hamil sebanyak 5 kali dengan 5 suami berbeza.
Seorang doktor berkongsi kisah seorang wanita berusia 25 tahun yang telah hamil sebanyak lima kali hasil daripada perkahwinan dengan lima suami berbeza.
Suami Kelima Mahu Zuriat Lagi
Menerusi perkongsian di TikTok, Dr Amirah, seorang pakar Obstetrik & Ginekologi (O&G), mendedahkan bahawa wanita tersebut bertekad untuk mengikat rahim kerana merasakan dirinya sudah penat.
Namun, suaminya yang kelima tidak bersetuju dengan keputusan itu kerana masih ingin menambah zuriat dalam perkahwinan mereka.
“Wanita ini mendapat anak pertama bersama bekas suaminya yang pertama ketika dia berusia 16 tahun. Kini, anaknya sudah berusia 9 tahun.
“Dia bertekad untuk mengikat rahim kerana merasakan cukup dengan apa yang dilaluinya. Tapi suami kelima merasakan ia terlalu awal kerana usianya yang masih muda,” ujar Dr Amirah.
@dokteramiraobgyn Hamil ke 5 usia 25 dan suami yang ke 5 #dokterobgynpedalaman#papua#fyp ♬ suara asli – dr.Amira,SpOG
Cadangan Alternatif
Dr Amirah turut mencadangkan penggunaan alat pencegah kehamilan seperti IUD (Intrauterine Device), yang boleh dikeluarkan jika wanita tersebut bersedia untuk hamil lagi. Namun, wanita itu tetap berkeras dengan keputusan untuk mengikat rahim.
Walaupun begitu, selepas berbincang, wanita tersebut akhirnya akur dengan keputusan suaminya untuk tidak meneruskan prosedur pengikatan rahim.
Kepentingan Perbincangan
Dr Amirah turut menekankan bahawa isu berkaitan zuriat perlu dibincangkan secara teliti sebelum pasangan membuat keputusan untuk berkahwin. Menurutnya, komunikasi yang jelas dan terbuka dapat membantu pasangan membuat keputusan yang sesuai dengan matlamat dan situasi hidup mereka.