Doktor dakwa makan ‘kubis goreng hangus’ boleh dapat risiko penyakit kanser

Photo of author

By Syima Iza

Doktor dakwa makan ‘kubis goreng hangus’ boleh dapat risiko penyakit kanser.

Kubis yang digoreng hangus seperti yang terkenal dalam hidangan ayam gepuk akan melalui tindak balas kimia yang digelar sebagai Maillard Reaction dan menghasilkan sebatian kimia yang diberi nama Acrylamide.

Bagi penggemar makanan pedas, apabila ditanya tentang makanan kegemaran, pasti sesetengah daripada mereka akan berkata hidangan ayam gepuk kerana sambalnya yang pedas.

Doktor dakwa makan 'kubis goreng hangus' boleh dapat risiko penyakit kanser

Selain sambal yang boleh membuatkan anda berpeluh, menu ayam gepuk ini juga disajikan dengan kubis goreng yang dimasak hingga hangus.

Namun baru-baru ini hidangan sampingan ayam gepuk iaitu kubis yang digoreng hampir hangus itu telah mendapat perhatian seorang doktor kesihatan.

Doktor Dakwa Kubis Goreng Yang Hangus Boleh Jadi Tingkatkan Risiko Kanser

Menerusi video dimuat naik di laman TikTok (@drwanshare), seorang doktor kesihatan dikenali sebagai Dr Muhamad Hazwan telah menjelaskan kesan jika seseorang memakan hidangan kubis goreng.

Dalam video tersebut, doktor itu mendakwa kubis goreng yang dimasak sehingga hangus dan mempunyai warna kehitaman boleh menjadi punca seseorang mendapat penyakit kanser.

Jelasnya lagi, setiap makanan yang hangus akan melalui tindak balas kimia yang digelar sebagai Maillard Reaction dan menghasilkan sebatian kimia diberi nama Acrylamide.

Tindak balas tersebut boleh berlaku apabila makanan berkenaan mempunyai sumber protein, gula serta dimasak dengan suhu yang tinggi.

“Hang goreng hangus ke, bakar ke, BBQ ke, asalkan hangus. Dia akan menghasilkan satu chemical compound yang dipanggil sebagai Acrylamide,” jelas Dr Hazwan.

Dr Hazwan mengambil data dari satu kajian bahawa individu yang mengambil hidangan dengan sebatian Acrylamide secara kerap boleh menyebabkan mereka mendapat risiko penyakit kanser.

Antara risiko kanser tersebut melibatkan kanser usus, kanser payudara dan kanser pankreas.

Doktor dakwa makan 'kubis goreng hangus' boleh dapat risiko penyakit kanser

Mengikut jadual yang dikeluarkan dari The International Agency for Research on Cancer (IARC), Acrylamide ini dikategorikan dalam kumpulan 2A iaitu berkemungkinan bersifat karsinogenik kepada manusia.

Namun begitu, masih kurang data yang kukuh tentang risiko bahaya bahan dalam kumpulan 2A kepada manusia sehingga boleh menyebabkan kanser.

Kanser Boleh Berlaku Kerana Banyak Faktor Yang Lain
Walau bagaimanapun, doktor ini menjelaskan bahawa terdapat beberapa faktor selain diet yang boleh menyebabkan seseorang mendapat kanser. Antaranya genetik, gaya hidup dan sebagainya.

Kanser tu bukan senang-senang boleh dapat. Bukannya makan kubis goreng sekali dah boleh terus kena kanser. Kalau macam tu makan roti bakar pun boleh kena kanser sebab ada kesan hitam pada roti. – Dr Muhamad Hazwan.

Klasifikasi IARC Berhubung Bahan Penyebab Kanser
Mungkin ada yang tertanya-tanya sama ada klasifikasi yang dikeluarkan oleh IARC ini boleh diguna pakai atau tidak? Jawapannya boleh.

Seorang ahli farmasi di laman X (Twitter @Fahmibinhassan) telah berkongsi mengenai risiko kanser berdasarkan klasifikasi dariI IARC.

Klasifikasi IARC tidak mengambil kira magnitud risiko bahan penyebab kanser. Ia akan jatuh dalam klasifikasi kategori asalkan ada bukti ia menyebabkan kanser tidak kiralah tinggi atau rendah risikonya.

Untuk membolehkan anda lebih memahami tentang kategori penyebab risiko, berikut adalah klasifikasinya:

  • Kumpulan 1: Bersifat karsinogenik kepada manusia. Antara bahannya adalah alkohol, daging yang diproses, jenis HPV tertentu dan sinaran mengion. Profesion seperti pendandan rambut atau tukang gunting rambut juga berisiko.
  • Kumpulan 2A: Berkemungkinan bersifat karsinogenik kepada manusia termasuklah daging merah, berkeja semalaman dan terdedah kepada pencemaran udara.
  • Kumpulan 2B: Berkemungkinan bersifat karsinogenik kepada manusia. Bukti agak terhad pada manusia dan haiwan. Antara bahannya termasuklah telefon bimbit, petrol, aloe vera, sayur-sayuran jeruk, medan magnet frekuensi radio, naftalena, dan ekstrak gingko biloba. Dari segi profesion pula adalah tukang kayu, bekerja dengan bitumen, cucian kering dan industri pembuatan tekstil.
  • Kumpulan 3: Tidak diklasifikasikan sebagai karsinogenik kepada manusia seperti beberapa jenis anestetik, implan payudara silikon dan pewarna rambut.
Baca Juga:
Rombongan keluarga berkelah tepi tol kena halau dengan polis
‘”Kalau saya bercakap, orang akan toleh dua kali sebab terkejut” – Wanita bersuara garau persis seorang lelaki tulen raih perhatian warganet
Gadis Vietnam berusia 17 tahun cari calon suami bergaji RM17,000, umur bawah 36 tahun