Doktor bingung bagaimana 150 pepijat boleh masuk ke dalam hidung lelaki ini

Photo of author

By Syima Iza

Seorang lelaki boleh menarik nafas lega selepas doktor mengeluarkan 150 larva pepijat dari hidungnya.

Pesakit terbabit pergi ke hospital, awal bulan ini, selepas menyedari bahawa seluruh mukanya terasa seperti ‘terbakar’, menurut satu laporan pada Jumaat lalu.

Walaupun lelaki itu mula mengalami gejala pada Oktober tahun lalu namun, hanya baru-baru ini, masalah itu menjadi serius.

Doktor bingung bagaimana 150 pepijat boleh masuk ke dalam hidung lelaki ini

“Selepas beberapa jam, muka saya mula bengkak, bibir saya membengkak, saya sukar bercakap.
“Saya tidak boleh bangun untuk ke bilik air dan hidung saya mula berdarah,” katanya kepada media.

Lelaki itu pergi ke Hospital Memorial HCA Florida di Jacksonville, dan mendapatkan rawatan daripada pakar telinga, hidung dan tekak, Dr David Carlson.

Carlson terkejut apabila dia melakukan pemeriksaan dengan kamera di dalam hidung lelaki itu.

Dia mendapati berpuluh-puluh pepijat memakan hidung dan rongga sinus.

Malah, ada yang sebesar hujung jari kelingking.

“Saya tahu dia menghadapi masalah besar, terdapat hakisan yang berlaku berhampiran dasar tengkorak dalam jarak yang sangat dekat dengan mata dan otaknya,” kata Carlson.

Pada mulanya, doktor cuba menggunakan teknik sedutan untuk mengeluarkan larva pepijat itu.

Tetapi ia terlalu besar, jadi doktor terpaksa mengeluarkannya secara satu persatu dari hidung lelaki itu.

“Serangga betul-betul berada di ‘pangkalan’ tengkoraknya, betul-betul di bawah otak. Sekiranya ia melepasi bahagian ini, ia boleh membunuhnya,” kata Carlson.

Larva pepijat itu dihantar kepada ahli epidemiologi untuk menentukan spesiesnya.

Masih misteri bagaimana pepijat itu masuk ke dalam hidung lelaki itu.

Tetapi, dia memberitahu media bahawa masalah itu mungkin berpunca daripada amalan kebersihan yang buruk ketika mengendalikan ikan mati.

Baca Juga:
YouTuber dakwa beli rumah banglo RM10 juta demi content, rupanya menyewa saja bukan owner pun!
Rupanya ini fungsi butang “Release” di gear Proton Saga yang masih ramai tak tahu
*”Walaupun grammar berterabur, tapi English dia semakin baik” – Netizen kagum Sajat dah pandai English!