Doktor ajar cara paling selamat nak jadi kaya, labur RM100 boleh dapat RM100k.
Namun, rata-rata masyarakat masih bersikap skeptikal terhadap kaedah pelaburan ini kerana kurang memahami konsepnya, malah ada yang menganggapnya sebagai bentuk penipuan atau scam.
Dalam satu perkongsian di TikTok, pempengaruh kewangan, Dr. Adam Zubir, telah menjelaskan secara terperinci tentang apa itu pelaburan amanah saham.
Menurut Dr. Adam, amanah saham menggunakan teknik pelaburan yang dikenali sebagai leverage.
“Dalam amanah saham ini, kita gunakan leverage orang lain untuk menggandakan wang kita. Konsep leverage dalam pelaburan ini sah di sisi undang-undang.
“Secara ringkas, anda sebagai pelabur akan meletakkan wang ke dalam satu dana yang kemudian diuruskan oleh pengurus dana. Mereka inilah yang akan menentukan ke mana wang anda dilaburkan.
“Apabila pelaburan memberikan keuntungan, keuntungan tersebut akan diagihkan kembali kepada pelabur. Pengurus dana ini pula dikawal sepenuhnya oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).
“Berbeza dengan tawaran pelaburan yang sering kita temui di platform Telegram, kebanyakannya adalah penipuan. Pelaburan amanah saham ini boleh dilakukan di kebanyakan bank utama di seluruh negara,” jelas Dr. Adam, yang mempunyai latar belakang dalam bidang perubatan.
Dr. Adam turut menggalakkan orang ramai untuk mula melabur dalam amanah saham sebagai langkah menambah nilai simpanan.
“Ini adalah cara yang baik untuk menggandakan wang. Sebagai contoh, jika anda mula melabur pada usia 30 tahun, InsyaAllah menjelang umur 55 tahun, anda boleh mempunyai simpanan hampir RM100,000.
“Langkahnya sangat mudah: pertama, buka akaun amanah saham persendirian dengan pelaburan minimum sebanyak RM100. Kemudian, buat potongan auto-debit RM100 setiap bulan.
“Jika anda konsisten melabur, mencapai RM100,000 itu bukanlah mustahil,” terang Dr. Adam.