“Doakan saya syahid” – Fatiya Latiff mahu ke bumi Gaza tahun depan.
Konflik yang berlaku di Timur Tengah membabitkan Palestin dan Israel telah banyak membuka mata masyarakat di seluruh dunia.
Malah sebagai simbol untuk memberi sokongan ke atas nasib yang menimpa rakyat saudara di Palestin, ramai yang mula memboikot beberapa syarikat dan jenama terkenal yang menyokong Israel.
Selain berdoa masyarakat di seluruh dunia turut bersama-sama memberikan sumbangan kepada rakyat di sana.
Lebih berani lagi apabila ada yang sanggup menawarkan diri mereka untuk ke Palestin untuk melakukan misi bantuan kemanusiaan selepas melihat ramai rakyat di sana yang cedera dan terkorban kerana dibedil oleh rejim Zionis.
Fatiya Latiff nak pergi Gaza.
Baru-baru ini pelakon wanita, Fatiya latiff turut tidak ketinggalan apabila memaklumkan dia juga mahu ke bumi Gaza.
Perkara itu dimaklumkan oleh pelakon drama ‘Ariana Rose’ menerusi Instagram rasminya.
Menerusi hantaran itu, Fatiya memuat naik sekeping gambar dipercayai dirinya dengan memakai purdah berserta lagu Arab.
Minta orang ramai doakan kematian syahid untuknya.
Malah aktres itu turut meminta orang ramai untuk mendoakan agar dia syahid.
“Terbang ke Gaza tahun depan, doakan saya syahid,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Kenyataan ringkas itu telah mengundang pelbagai reaksi di kalangan netizen apabila ada yang menyoal adakah pelakon itu lepas untuk ke negara itu memandangkan situasi ketika ini agak genting.
Ada juga yang mendoakan agar hasrat Fatiya dipermudahkan. Pun begitu, ada netizen yang mengecam pelakon itu kerana sebelum ini dia dilihat membeli barangan yang disenaraikan untuk diboikot kerana menyokong Israel.
Walau bagaimanapun, pelakon itu tidak menjelaskan secara terperinci bilakah tarikh sebenar dia akan ke negara itu.
“Lepas ke pergi? Semoga dipermudahkan”
“Orang single tak ada komitmen bolehlah pergi sana, jihad dengan Hamas”