
Doa seorang anak termakbul, terserempak lelaki mirip Allahyarham bapa di Tanah Suci
Doa seorang anak termakbul, terserempak lelaki mirip Allahyarham bapa di Tanah Suci. Tidak dinafikan, kehilangan orang tua disaat kita masih perlu perhatian dan kasih sayang bukanlah suatu perkara yang mudah. Bahkan, rasa rindu yang terbuku di dada hanya dapat diluahkan melalui doa disebabkan tidak boleh untuk berjumpa lagi di depan mata.
Ya Allah, kau pertemukan wajah yang seiras dengan Allahyarham papa di Tanah HaramMu
Meskipun sukar, namun situasi itulah terpaksa dilalui oleh seorang wanita bernama Elia yang telah kehilangan insan tersayang. Terdahulu ayahnya telah pergi dijemput Ilahi sewaktu sedang tidur dan tidak sempat untuk berjumpa buat kali terakhir. Susulan itu, dia akui sangat rindu bahkan sempat berdoa agar dipertemukan dengan seseorang yang seiras Allahyarham ketika berkunjung ke Tanah Suci.
You look like my Walid…Ya Allah, aku rindu
Namun, siapa sangka permintaannya dimakbulkan Tuhan apabila secara kebetulan terserempak dengan insan yang sangat mirip Allahyarham. Disebabkan terlampau teruja, wanita berkenaan terus mengejar individu tersebut malah sempat menunjukkan gambar ayahnya. Walaupun hanya sebentar, tetapi Elia bersyukur kerana pertemuan itu seolah-olah merawat rasa rindu yang telah dipendam selama ini.
Sedihnya rasa sebab tak boleh nak dakap…Hanya boleh tengok sahaja
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa sebak melihat rakaman yang dikongsikan oleh wanita tersebut. Dalam pada itu, masing-masing turut akui bahawa wajah lelaki berkenaan terlihat sangat seiras dengan Allahyarham ayah Elia.
@eliaizham Ya Allah aku rindu #umrah #fyp #fyppppppppppppppppppppppp ♬ เสียงต้นฉบับ – [𝙰 𝚂 𝚁 𝙸 𝙵 𝙰 𝙲 𝙴] – 𝘍𝘢𝘥𝘪 𝘔𝘶𝘴𝘪𝘬