DJ Era terkejut dapat panggilan dari wanita kongsi pengalaman bangga rampas suami orang

Photo of author

By Syima Iza

DJ Era terkejut dapat panggilan dari wanita kongsi pengalaman bangga rampas suami orang.

Apabila bercakap soal perselingkuhan dalam rumah tangga, bukan orang ketiga sahaja yang perlu disalahkan dalam masalah ini. Bertepuk sebelah tangan, tidak akan berbunyi. Hubungan terlarang itu tidak akan berlanjutan sekiranya pasangan kita tidak melayan godaan anasir luar. Benar atau tidak?

Saya suka dengan apa yang saya buat

DJ Era terkejut dapat panggilan dari wanita kongsi pengalaman bangga rampas suami orang

Sebentar tadi menerusi hantaran di Instagram Era FM, Radin, Nabil Ahmad dan Pak Azad yang mengendalikan segmen “3 Pagi Era” telah mendapat sambungan panggilan daripada seorang wanita bernama Yaya. Apa yang mengejutkan mereka, Yaya spontan berkongsikan pengalaman bagaimana dia bangga menjadi perampas suami orang.

Partner i & isteri dia, dekat IG semua hebat, anak beranak happy…Tapi hakikatnya i je yang tahu

Dari perspektifnya sendiri, sesetengah pasangan suami isteri memang nampak bahagia menerusi posting manis yang kerap ditayangkan ke media sosial. Namun, apa yang dipaparkan tidak menggambarkan 100% keadaan sebenar dalam perkahwinan. Ditanya tentang status hubungan, Yaya menegaskan dia tak suka berkongsi apalagi sekiranya diajak berpoligami. Dalam erti kata lain, lelaki itu perlu melepaskan isteri pertama jika benar mahu membawa ikatan percintaan mereka ke fasa serius.

@era.je Uish panas ni. Haha Yaya awak memang berani la eh. Jadi memang tak boleh percaya dengan posting pasangan kat sosial media ni. Luar nampak happy, tahu tahu ada masalah 😅 #sharERA ♬ original sound – ERA

boleh bagi apa yang isteri dia tak boleh bagi

Mendengar jawapan jujur daripada Yaya, 3 penyampai radio itu juga nampak agak terkedu selain menyifatkan pengakuan ini sebagai tindakan daring. Meskipun berada di posisi yang salah kerana mengganggu pernikahan orang, Yaya juga tegar memuat naik gambar mereka ke media sosial namun dia akan menyunting sosok lelaki berkenaan

Baca Lagi:
Cahaya misteri berwarna hijau muncul di langit bandaraya Perth
Ahli Parlimen Bukit Gantang pula isytihar sokong PM, Kerajaan Madani
Selepas tular video menjolok mata konsert ‘Loy Krathong’ di Bachok, ketua sami tampil beri penjelasan