Dituduh tutup periuk nasi penyanyi lain, Aliff Syukri tampil buka mulut

Photo of author

By Syima Iza

Dituduh tutup periuk nasi penyanyi lain, Aliff Syukri tampil buka mulut.

Meskipun menerima kritikan daripada isteri dan ibunya sendiri, usahawan Datuk Seri Aliff Syukri menjelaskan dia membuat lagu sekadar untuk suka-suka sahaja.

Menerusi satu temu bual podcast di Singapura di mana dia telah dijemput oleh The Common Folks SG, Aliff turut berkata dia tiada niat untuk menyekat periuk nasi penyanyi di Malaysia.

Tak marah dituduh tutup periuk nasi penyanyi lain

Dituduh tutup periuk nasi penyanyi lain, Aliff Syukri tampil buka mulut
Ujarnya, dia tidak marah kepada mereka yang sebelum ini menuduhnya sengaja menutup periuk nasi dan mahu lawan kehebatan penyanyi lain di Malaysia.

Saya tak marah korang, tapi fikirlah. Tolong eh jangan (sampai) aku bagi ‘Hey!’ kat korang. Jangan bagi aku marah kat korang.

Bukan menyanyi untuk dapat buat show

Tambahnya, dia tidak menyanyi lagu sehingga ke peringkat diberi jemputan membuat persembahan malah mengakui dirinya tidaklah sehebat mana.

Aku nyanyi ni bukan dapat show. Paling hebat pun aku dapat (jemputan) podcast kat Singapura. Ini je paling hebat. Mana ada aku dapat show ke, keluar TV ke.

Dengan nada berseloroh, dia yang mengakui menyanyi sekadar hobi itu sekali lagi mengingatkan orang ramai untuk tidak menguji keimanan dan membuatkan dia marah.

@dherbs_holding Dato Alif Syukri & Dato Awie | Aku tak tutup periuk nasi orang. #fyp #Datoawie #datoalifsyukri #telajaklaris ♬ original sound – DHERBS HOLDING HQ

“Aku ada duit, aku bayar production bagus”

Aliff turut diminta mengulas tentang kenyataan penyanyi Dato Awie yang sebelum ini menegurnya untuk tidak melucahkan industri muzik tempatan.

Sekali lagi, usahawan itu menegaskan dia tidak pernah mendapat jemputan untuk membuat persembahan dan menyanyikan lagu yang dimaksudkan.

Saya tak dapat mana-mana show di TV atau radio. Bezanya, korang (penyanyi) tak ada duit buat video klip biasa-biasa. Aku ada duit, aku bayar production bagus. Aku bayar pemuzik bagus, meriah dan orang tonton. Korang view sendu.

Kata Aliff lagi, mencipta dan menyanyikan lagu itu adalah hak setiap orang dan menuduhnya menutup periuk nasi penyanyi lain adalah tidak relevan.

Kalau kata tutup periuk nasi tu, contoh kau punya job, aku sailang kau. Atau aku dapat show dan tiba-tiba show kau cancel.
Dalam pada itu, dia turut mengakui meminati penyanyi rock lagenda tersebut dan berkata kenyataan dikeluarkan Dato Awie tidak boleh ‘pakai’.

Baca Juga:
Anak lelaki mengamuk pukul ibu dengan tukul, ancam letupkan tong gas dengan pemetik api
Dulu kena pukul, tumbuk, sekarang warga Pakistan ini jadi ‘Bos’ ada 100 pekerja
Kerajaan lancar ‘Beras Putih Malaysia Madani’, harga siling RM30