Dituduh riak tunjuk resit makanan RM17,000, Kak KM tampil beri penjelasan.
Usahawan kontroversi, Kak KM, tampil membidas dakwaan netizen yang kononnya dia riak kerana menunjukkan bil makanan yang mencecah RM17,000.
Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli berkata bil berkenaan sebenarnya bukan milik dirinya seperti yang disangka ramai.
“Itu bukan bil saya. Sebenarnya saya pun mula-mula terperanjat bila bil yang diterima itu hampir RM17,000. Nak dijadikan cerita, pekerja di situ tersilap hantar.
“Itu bil meja sebelah, mereka pun ada buat makan malam syarikat. Tapi saya memang sengaja buat video bil tu, tapi tak sangka pula macam-macam andaian orang buat.
“Saya rasa kalau sesiapa pun terima bil makan sampai berbelas ribu, dia mesti ambil gambar atau buat video. Tak payah tipu cakap tak ambil,” ujarnya ketika dihubungi
Sebaliknya, kata Kak KM, bil makanan keluarga mereka pada malam itu hanyalah RM2,000.
“Gila saya nak makan sampai RM17,000, makan apa sampai harga begitu. Netizen memang tak relax. Menggelupur sangat.
“Cuba bawa bertenang. Korang memang suka dan tertunggu-tunggukan apa yang Kak KM akan updatekan?” ujarnya.
Terdahulu, Kak KM kembali mencuri perhatian ramai selepas mendedahkan resit perbelanjaannya ketika berkunjung ke sebuah restoran di ibu kota, baru-baru ini.
Resit makanan yang dikongsikan menerusi satu hantaran TikTok di akaun media sosial miliknya itu mencecah belasan ribu ringgit untuk sekali makan sahaja.
Dalam rakaman berdurasi 53 saat tersebut, Kak KM sempat berpesan kepada keluarganya untuk memastikan hidangan yang mereka nikmati berbaloi.
@lianaroslikakkm♬ original sound – kakkm@sweetdara
@lianaroslikakkmnetizen menggelupur sangat 🤣🤣