Dituduh bolot kekayaan diri dan keluarga, Tun M cabar Anwar tunjuk bukti

Dituduh bolot kekayaan diri dan keluarga, Tun M cabar Anwar tunjuk bukti

Dituduh bolot kekayaan diri dan keluarga, Tun M cabar Anwar tunjuk bukti. Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan bukti berhubung dakwaan beliau membolot harta kekayaan terhadap dirinya dan keluarga sewaktu memegang tampuk pemerintahan negara.

Tegas Dr Mahathir, adalah mudah untuk seseorang itu membuat tuduhan, namun, jika tidak disertakan bukti, dakwaan itu bersifat fitnah.

Dr Mahathir juga tidak menolak, dakwaan yang dibuat Perdana Menteri terhadapnya itu adalah sebagai usaha untuk menghalang Perhimpunan Proklamasi Melayu yang telah dibatalkan.

Dituduh bolot kekayaan diri dan keluarga, Tun M cabar Anwar tunjuk bukti

“Dalam usaha untuk menghalang perhimpunan Melayu yang menjemput saya hadir, Anwar telah berkata, ada orang dulu, 22 tahun campur 22 bulan pegang kuasa, sekarang mengeluh Melayu hilang segala-galanya, hilang harta, hilang saham.

“Saya ingin dapat bukti dari Anwar bahawa saya bolot untuk saya, untuk keluarga saya dan anak-anak saya,

“Membuat tuduhan memang mudah. Tetapi tuduhan yang tidak dibukti dengan jelas, tidak boleh diterima sebagai benar. Ia adalah fitnah,” katanya dalam hantaran terbaharu di akaun media sosialnya pada Isnin.

Bekas Perdana Menteri sebanyak dua kali itu turut berkata, beliau mengeluh sekarang kerana kaum Melayu dilihat hilang segala-galanya selepas beliau meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.

Oleh itu, beliau bersetuju menyertai usaha untuk menyedarkan kaum Melayu menerusi pelancaran Proklamasi Melayu.

Namun, seperti yang dilaporkan sebelum ini, Dr Mahathir mendakwa, Proklamasi Orang Melayu tidak dapat dianjurkan disebabkan campur tangan kerajaan.

Negarawan itu juga berkata, isi kandungan Proklamasi tersebut menepati peruntukan Perlembagaan negara dan UMNO.

“Isi kandungan proklamasi ini menepati peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia dan juga Perlembagaan UMNO.

“Perhalangan pelancaran ini bermakna Kerajaan Anwar menolak Perlembagaan negara dan Perlembagaan UMNO,” ujarnya.

Beliau juga menyifatkan tiada usaha daripada UMNO dalam memastikan proklamasi ini berlangsung adalah kerana UMNO tidak lagi berpegang kepada matlamat penubuhannya.

“Sebab itu puak lain perlu diadakan untuk melindungi hak orang Melayu dan Bumiputera lain,” tegas Dr Mahathir lagi.

Baca Lagi:
Kalau Anwar dapat masuk Kaabah, apa rakyat dapat?
RM49.2 juta tersilap masuk akaun, wanita ini terus beli 4 buah rumah dan kereta…sekali ini yang terjadi!
Anakku sebenarnya anak saudaraku, suamiku juga abang iparku
CATEGORIES