Ditanya soalan nafkah, jawapan padu Ina Naim dapat pujian netizen

Photo of author

By Syima Iza

Ditanya soalan nafkah, jawapan padu Ina Naim dapat pujian netizen.

Semenjak mendirikan rumah tangga, pasangan pengantin baru, Ina Naim dan Mohd Khairul Rizal sering mendapat perhatian netizen yang suka melihat kebahagiaan mereka.

Terbaru, Ina dan suaminya dilihat muncul dalam satu video TikTok milik Aliff Syukri yang bertanya mengenai nilai nafkah yang diterima oleh Ina daripada suaminya.

Ditanya soalan nafkah, jawapan padu Ina Naim dapat pujian netizen

Nafkah ikut kemampuan suami – Ina Naim

Menurut Ina atau nama sebenarnya, Nordiana Mohd Naim, dia tidak begitu mementingkan nilai nafkah tersebut dan lebih mengutamakan seorang suami yang boleh menjaga dia dan anak-anak dengan baik.

“Sebenarnya yang penting dia jaga saya dan anak-anak dengan elok, beri pendidikan, dan yang paling penting dia sayang saya selalu.
“Untuk nafkah yang batin penting, yang zahir kita tengok kemampuan,” katanya.

Bila ditanya mengenai soal pemberian duit raya, Ina menjawab suami tidak wajib memberinya kerana ia dikira sebagai hadiah.

Duit raya tak termasuk dalam nafkah. Ia adalah hadiah daripada suami,” katanya lagi.

Video berkenaan telah mendapat pelbagai komen positif netizen yang memuji Ina sebagai isteri yang solehah dan mendoakan semoga hubungannya dengan suami kedua ini berkekalan hingga ke jannah.

@papalarisofficialBaik betul ina ni.. tak kisah pun pasal nafkah patutlah senang dapat jodoh..

♬ Very cute melody by marimba tone(39813) – Mitsu Sound

Ditanya soalan nafkah, jawapan padu Ina Naim dapat pujian netizen

Makin berseri-seri Ina Naim lepas kembali bergelar isteri ye. Semoga bahagia bersama suami dan anak-anak.

Baca Lagi:
Baru 6 bulan kerja di Malaysia, warga asing berjaya beli kereta Mazda, pinjaman lulus dalam masa sehari
Remaja berhutang RM13,000 dengan 12 Ah Long kerana ‘girlfriend’ mengidam nak makan siakap 3 rasa
Pisang di dinding dilelong dengan harga lebih RM4 juta