Disyaki terbabit kes curi Ferrari, anak penyanyi popular antara 6 yang ditahan

Photo of author

By Syima Iza

Disyaki terbabit kes curi Ferrari, anak penyanyi popular antara 6 yang ditahan.

Seorang penyanyi tempatan antara enam individu yang ditahan selepas disyaki terbabit dalam kes kecurian sebuah Ferrari yang ditinggalkan di pusat cuci kereta di Hulu Klang, di sini, pada 17 November lalu.

Menurut sumber, mangsa meninggalkan kenderaan mewah berwarna merah itu di premis terbabit beberapa hari sebelum kejadian itu berlaku.

Disyaki terbabit kes curi Ferrari, anak penyanyi popular antara 6 yang ditahan

“Mangsa mendakwa meminta seorang pekerjanya untuk menghantar kereta tersebut untuk dicuci beberapa hari sebelum itu.
“Pada jam 11 pagi, 17 November, mangsa menyedari kereta berkenaan sudah hilang dan disyaki dicuri, lalu membuat laporan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, ketika dihubungi berkata, kejadian tersebut membabitkan seorang ahli perniagaan berusia 50-an.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ampang Jaya berjaya menahan empat suspek lelaki berusia lingkungan 23 hingga 33 tahun di sekitar Ampang.

“Satu lagi tangkapan susulan dilakukan pada 20 November melibatkan seorang suspek lelaki berusia 38 tahun,” katanya.

Menurutnya, hasil soal siasat terhadap suspek, polis menemukan semula kereta Ferrari berkenaan di kawasan parkir sebuah apartment di Taman Tunku, Kuala Lumpur, pada 23 November.

Katanya, susulan itu, seorang wanita tempatan berusia 40-an ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

“Seorang suspek mempunyai dua rekod kesalahan dadah dan ujian dadah ke atasnya mendapati dia positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine, manakala suspek lain tiada rekod lampau.

“Polis turut merampas antaranya lapan telefon pintar dan empat buah kereta jenis Ferrari, Naza Suria, BMW XS, dan BMW,” katanya.

Baca Lagi:
Ini 10 asal-usul nama makhluk seram kisah fiksyen barat yang terkenal
Kecoh aset di banglo kena sita kerana hutang lebih RM1 juta, Vida tampil buka mulut
Menteri kantoi takut pisang atas meja