Disksun saman trafik sehingga 50 peratus bermula 10 Januari ini

Disksun saman trafik sehingga 50 peratus bermula 10 Januari ini

Disksun saman trafik sehingga 50 peratus bermula 10 Januari ini. Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur menawarkan pengurangan bayaran saman trafik, bermula 10 Januari ini.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi akaun rasmi Facebooknya hari ini berkata, tawaran diskaun sehingga 50 peratus itu bagaimanapun tertakluk kepada kesalahan yang terpilih sahaja.

“Antara kesalahan yang tidak boleh menerima tawaran diskaun adalah kesalahan tidak boleh kompaun, kesalahan status perbicaraan, kesalahan berkaitan kenderaan berat dan kesalahan pengubahsuaian ekzos.

Disksun saman trafik sehingga 50 peratus bermula 10 Januari ini

“Selain itu, kesalahan lain yang tidak termasuk dalam tawaran ini adalah kesalahan memotong secara bahaya, kemalangan, kesalahan potong di garisan berkembar, kesalahan lorong kecemasan dan kesalahan jalan semasa lampu isyarat merah,” katanya.

Tambahnya, tawaran ini tidak dihadkan untuk saman di Kuala Lumpur sahaja, tetapi sah untuk semua saman dari seluruh Malaysia.

Sementara itu, PDRM berkata bayaran saman boleh dilakukan di Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S. Lee, Kuala Lumpur bermula pukul 8.30 pagi sehingga 4.30 petang.

Jangan lupa follow kami! Twitter , Facebook

Baca Lagi:
‘Rupanya menyamar pakai tudung’, warga Rusia dedah pengalaman cerobah Menara Merdeka 811
Budak 9 tahun hidup seksa melecur separuh badan tanpa rawatan terbongkar!
Terjerat dengan cinta ‘pucuk muda’, warga emas kerugian RM68,460
CATEGORIES