Diseksa tidur dalam tandas oleh ustaz madrasah tahfiz

Photo of author

By Syima Iza

Diseksa tidur dalam tandas oleh ustaz madrasah tahfiz.

Pukul dan paksa pelajar tidur di dalam tandas. Itu antara perbuatan melampau tenaga pengajar sebuah madrasah tahfiz tidak berdaftar di Selangor sejak beberapa tahun lalu.

Lebih mengejutkan, operasi pusat pengajian yang turut didokong seorang ahli politik dari pantai timur, peguam serta pengamal perubatan itu dikesan mengutip dana daripada orang ramai kononnya untuk membiayai pembinaan sebuah surau namun tidak pernah disiapkan sehingga kini.

Diseksa tidur dalam tandas oleh ustaz madrasah tahfiz

Harian Metro difahamkan, kejadian pukul berlaku sejak lebih setahun lalu membabitkan tenaga pengajar kanan di madrasah berkenaan yang sudah ditahan polis, baru-baru ini.

Menerusi video dikongsi sumber, pelajar berkenaan disepak, dipukul dan dilanyak ustaz terbabit ketika sedang belajar, hujung tahun lalu.

Madrasah berkenaan yang terkenal dengan pelbagai program dakwah membabitkan individu yang mengaku sebagai keturunan Nabi Muhammad SAW dikatakan tidak menyediakan prasarana lengkap seperti pusat pengajian lain.

“Di sini ada lebih 40 penghuni berusia antara 10 hingga 17 tahun yang dihantar keluarga untuk belajar agama.

“Sebaliknya pula yang berlaku apabila pelajar dipukul tenaga pengajar sehingga cedera, malah lebih teruk ada yang menjadi mangsa gangguan seksual.

“Mangsa tidak berani buat laporan polis kerana bimbang dimarahi serta tiada pilihan, selain terus tinggal di situ kerana masalah keluarga.

“Ada yang memaklumkan kepada pelajar lain mengenai nasib mereka termasuk pelajar yang dipaksa tidur di tandas kerana buat salah. Ini tidak sepatutnya berlaku kepada institusi agama,” kata sumber yang membuat laporan polis berhubung perkara itu.

Sementara itu, seorang pengadu yang mahu dikenali sebagai Saiful, 30-an berkata, pemilik madrasah seluas 0.8 hektar itu turut memiliki cawangan lain di negara ini dan Maghribi.

Katanya, dia menyedari ada sesuatu yang tidak kena apabila didatangi ibu bapa yang tidak berpuas hati dengan keadaan anak mereka beberapa bulan lalu.

“Saya terkejut apabila mendapati pelajar di sini terpaksa menahan lapar kerana tidak diberikan makanan seperti sepatutnya.

“Malah, ketika lawatan seorang ustaz lain, saya dimaklumkan bahawa bacaan al-Quran pelajar di sini juga tidak tepat.

“Tidak cukup dengan itu, saya dimaklumkan pelajar ada rakan-rakan mereka dipukul ustaz di sini menyebabkan saya terpanggil membuat laporan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais),” katanya.

Sementara itu Pengarah Jais Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, pihaknya akan meneliti perkara itu serta memeriksa status madrasah terbabit.

“Jais akan menyemak pendaftaran sekolah ini,” katanya.

Sumber

Baca Juga:
Ketua Pemuda Umno dukung bapa bawa pergi gunting rambut raih perhatian ramai
Burung sesat masuk flat, sekeluarga dalam ketakutan sembunyi dalam bilik, amah jadi ‘wirawati’
Muka berlubang, dah macam ‘jalan tar’ – Gadis menangis dihina teman wanita bekas kekasih