Disangkan punca nahas, pemandu treler terus ‘dibantai’ orang awam

Disangkan punca nahas, pemandu treler terus ‘dibantai’ orang awam

Disangkan punca nahas, pemandu treler terus ‘dibantai’ orang awam. Semalam seorang murid Darjah 3 terbabit nahas treler, ketika dalam perjalanan balik dari sekolah di Kampung Telok Gong. Menurut siasatan awal polis, Allahyarhamah Nurul Jannatun Assyifa bersama adik lelakinya membonceng motosikal yang ditunggang oleh pengasuhnya. Ketiga-tiga mereka juga dilaporkan tidak memakai topi keledar.

Kejadian berlaku di ambang Ramadan…baju raya sedondon keluarga pun baru siap

Selepas keluar dari simpang, wanita itu dikatakan gagal mengawal motosikal ekoran jalan berpasir sebelum ketiga-tiganya tersungkur di jalan raya. Bagaimanapun, kebetulan sebuah treler yang dalam perjalanan ke Telok Gong tidak sempat mengelak mereka. Lebih menyayat hati, kejadian itu berlaku di ambang Ramadan dan baju raya sedondon keluarga kanak-kanak itu baru sahaja siap.

Disangkan punca nahas, pemandu treler terus 'dibantai' orang awam

Disangka punca nahas…pemandu treler terus ‘dibantai’ orang awam

 

Sementara itu, beberapa orang awam di lokasi kejadian bertindak ‘membantai’ pemandu treler berusia 36 tahun tersebut. Bukan itu sahaja, bahkan dompet dan kamera dashboard turut dirampas. namun begitu, video dashcam daripada kereta saksi lain menunjukkan treler itu bukanlah punca kejadian seperti yang didakwa.

Disangkan punca nahas, pemandu treler terus 'dibantai' orang awam

@mayonggamersal fateha… salam takziah.. mne² yg KECAM meMAKI HAMUN driver lori tu tanpa bukti..mcmne nak mtk maaf nanti?maaf la yea..vdeo ni skdr bg pencerahan punca kemalangan..usah kita buat ANDAIAN atau SPEKULASI sendiri tanpa usul periksa terlebih dahulu…BIARKAN PIHAK BERKUASA JALANKAN TUGAS MEREKA UNTUK SIASATAN…SEDEKAH AL FATEHA BUAT MANGSA DAN SALAM TAKZIAH BUAT KELUARGA MANGSA..

♬ original sound – mayong

Jangan menghukum jika tak tahu jalan cerita…bukti semua ada, suami saya tak bersalah

Menurut wanita dikenali sebagai Ezza, suaminya yang disangka punca nahas sebenarnya tidak bersalah dan semua bukti sudah dikumpulkan. Oleh itu, pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang tergamak menyerang pemandu treler tersebut secara melulu. Dalam waktu yang sama, Ezza memohon doa semua pihak agar suaminya lekas sembuh.

Disangkan punca nahas, pemandu treler terus 'dibantai' orang awam

@_kakngahezza_ Yang salah tetap akan terima balasan,jangan ingat korang semua boleh lepas😭#jgnhukumorgsesukahati❤️✌🏼 #jgnkecamorg #hidupmatihanyaallahygtahu #wifeabglori🚛❤️ ♬ Tuhan, Atur Saja Jalan Kedepannya… – Embun Senja

@_kakngahezza_ SEMOGA DIPERMUDAHKAN SEGALANYA..🤲😭#wifeabglori🚛❤️ #hidupmatihanyaallahygtahu #jgnkecamorg #jgnhukumorgsesukahati❤️✌🏼 ♬ Syukur Alhamdulillah – Wafiq Azizah

Baca Lagi:
Lelaki ‘bantai’ doktor dalam kereta selepas kemalangan di tahan polis
Murid perempuan tahun 3 maut separuh badan hancur dilenyek treler
Norjuma diisytihar bankrap, gagal lunaskan bayaran RM260,400
CATEGORIES