Dirogol hampir 20 lelaki, ini kronologi pembunuhan kejam Dr Moumita yang sangat menyayat hati.
Kecoh di media sosial selepas tersebarnya kisah pembunuhan kejam Dr Moumita Debnath yang dibunuh ketika di tempat kerjanya. Ekoran kekejaman yang berlaku ke atas doktor ini, wanita-wanita di India telah turun ke jalanan untuk melakukan protes bagi menuntut keadilan.
Bayangkan nasib wanita-wanita di India jika seorang doktor pun tidak selamat di tempat kerjanya. Apa yang sebenarnya berlaku kepada Moumita? Baca kisah tragisnya di bawah ini.
Dibunuh Ketika Sedang Berehat di Hospital
Pada malam 8 Ogos lalu, seorang doktor wanita berusia 31 tahun telah menamatkan tugasnya seperti biasa. Selepas menghabiskan syif pada malam itu, Dr Moumita Debnath makan bersama doktor-doktor junior pada jam 2 pagi.
Kerana kepenatan selepas bekerja selama 36 jam, Moumita membuat keputusan untuk berehat dan bersiap sedia untuk tidur di dalam bilik seminar yang digunakan oleh pekerja-pekerja hospital yang bekerja lama pada waktu malam.
Namun, apa yang dia tidak tahu, ini merupakan kali terakhir dia akan pejamkan mata dengan rasa tenang dan selamat.
Keesokan paginya, Asisten Superitendan Dwaipayan Biswas memberitahu keluarga Moumita bahawa anak perempuan mereka telah meninggal dunia akibat membunuh diri. Namun, apabila keluarga ini tiba di hospital, mereka terpaksa menunggu di luar selama tiga jam dan tidak dibenarkan untuk melihat mayat anak mereka.
@punjabishortmovie1 Justic dr Moumita #fypp #tranding #justic #4you #drmoumita #foryou #kolkata #kolkata #drmoumita #foryou #viral ♬ original sound – Team07🗽
Apabila keluarga ini akhirnya dibenarkan melihat anak perempuan mereka, mereka terkejut melihat keadaan Moumita yang terbaring tanpa ditutup. Kakinya berada dalam posisi sudut 90 darjah, menunjukkan dia mengalami kecederaan yang teruk di bahagian tulang pelvik.
Tidak cukup dengan itu, mayatnya ditemui bukan di dalam bilik seminar tetapi di bilik berhadapan bilik seminar yang sedang dalam pembinaan. Pendedahan ini menyebabkan keluarganya mempersoalkan punca utama kematian anak perempuan kesayangan mereka.
Laporan Bedah Siasat Mendedahkan Kekejaman yang Berlaku ke Atas Moumita Debnath
Laporan awal bedah siasat yang dijalankan ke atas mayat Moumita Debnath mendedahkan bahawa dia telah dirogol dan dicekik sehingga mati. Sebanyak 150ml air mani ditemui pada tubuh doktor wanita ini, satu jumlah yang jauh lebih banyak daripada kebiasaan.
Selain itu, tulang hyoid (tulang leher) patah, luka pada bibir, tulang pelvis yang merupakan antara tulang paling kuat pada tubuh manusia patah, pendarahan dari mulut, kerosakan dan pendarahan pada kedua-dua belah mata, kecederaan pada perut dan kaki kiri, jari manis patah, dan beratus-ratus kesan gigitan dikesan pada seluruh tubuhnya.
Tidak cukup dengan itu, dia juga mengalami kecederaan teruk di bahagian perut dan pendarahan di bahagian alat sulit. Kakinya juga ditemui dalam kedudukan sudut 90 darjah. Kekejaman ini menunjukkan pelaku menggunakan kekuatan yang luar biasa untuk memecahkan kapsul pelvis dewasa.
Selain itu, terdapat tanda-tanda pergelutan pada wajahnya, dipercayai disebabkan oleh kuku suspek, menunjukkan doktor wanita itu cuba melawan.
Malah, menurut sumber di laman sosial X, lebih banyak kematian doktor berkenaan didakwa melibatkan 18 hingga 20 orang lelaki. Salah seorang yang memegang tangan Moumita sepanjang penyeksaan itu dikatakan seorang doktor wanita yang merupakan rakannya!
Kecuaian Pihak Polis dan Hospital
Selepas kejadian ini mendapat liputan meluas, pelbagai dakwaan dan pendedahan telah tular di media sosial, sehingga menimbulkan banyak spekulasi tentang kematian Moumita.
Mana tidaknya, apabila Moumita dikatakan telah dirogol beramai-ramai, pihak polis menafikan perkara ini. Malah, pihak hospital sendiri tidak mengambil serius tentang perkara ini dan hanya membuat laporan selepas keadaan menjadi huru-hara.
Ibu bapa Moumita juga meluahkan rasa tidak percaya mereka terhadap pihak polis Kolkata dan bimbang siasatan ke atas pembunuhan anak mereka tidak akan dijalankan dengan betul dan pelakunya akan terlepas.
Pada 13 Ogos, Mahkamah Tinggi Kolkata mengarahkan polis negeri untuk menyerahkan kes ini kepada Biro Siasatan Pusat (CBI) kerana tidak berpuas hati dengan siasatan yang dilakukan setakat ini.
Pada malam 15 Ogos, seramai 7,000 orang telah pergi ke tempat kejadian untuk memusnahkan bukti. Pihak polis pula seperti tidak mampu menghalang perkara ini daripada berlaku, menyebabkan orang ramai kecewa.
Ekoran ini, Mahkamah Tinggi turut mengkritik Menteri Hal Ehwal Negeri Bengal, Mamata Banerjee, serta polis negeri kerana gagal mengawal situasi ini. Lebih-lebih lagi apabila orang ramai boleh dengan mudah memasuki kawasan tempat kejadian.
Seorang Suspek Ditahan, Ada Kaitan dengan Polis?
Sanjay Roy, seorang Pembantu Sivik, telah ditahan reman oleh pihak polis sehingga 23 Ogos selepas earphone miliknya ditemui di samping mayat Moumita. Sanjay mengaku melakukan jenayah kejam tersebut dan mencabar pihak berkuasa untuk menjatuhkan hukuman gantung ke atasnya.
Suspek yang merupakan seorang sukarelawan polis ini mempunyai akses ke seluruh pusat kesihatan. Dia juga pernah ditugaskan di pos polis dekat kolej perubatan dan sering menjadi orang tengah untuk pesakit-pesakit yang dikenalinya.
Selain itu, polis Kolkata juga menemui pelbagai kandungan pornografi keterlaluan pada telefon bimbit Sanjay. Beliau yang merupakan bekas petinju mempunyai rekod jenayah lampau penderaan isteri dan telah berkahwin sebanyak empat kali.
Sanjay juga dikatakan rapat dengan beberapa pegawai kanan polis dan dilantik sebagai anggota unit kebajikan Polis Kolkata serta ditempatkan di pos polis di R.G. Kolej & Hospital Perubatan Kar.
Selepas melakukan jenayah itu, Sanjay dipercayai menuju ke berek polis dan tidur sehingga pagi.
Protes Besar-besaran di Seluruh Negara
Selepas berita mengenai Moumita Debnath tersebar, ramai wanita di seluruh India turun ke jalanan untuk membuat protes besar-besaran. Protes ini dilakukan kerana kes ini menjadi bukti bahawa wanita-wanita India berada dalam situasi yang tidak selamat.
Malah, Indian Medical Association (IMA) turut melakukan protes di seluruh negara di mana para doktor turun ke jalanan dan tidak hadir kerja selama 24 jam bermula dari jam 6 pagi 17 Ogos sehingga 6 pagi 18 Ogos, bagi mendesak keselamatan di hospital ditingkatkan, terutama untuk doktor wanita.
Lebih menyedihkan, tragedi yang berlaku ke atas Dr Moumita ini bukanlah kes pertama. Beberapa doktor lain seperti Dr Aradhya, Dr Priyanka Reddy, Dr Shweta Sinha, dan Dr Anjali Sinha juga pernah mengalami nasib yang sama.
Malah, jika kita melihat statistik jenayah di India, sebanyak 31,516 kes rogol dilaporkan pada tahun 2022, iaitu kira-kira 86 kes rogol setiap hari.
Bayangkan, jika kejadian ini boleh berlaku kepada wanita yang berpendidikan, bagaimana pula nasib wanita-wanita lain di India yang tidak mempunyai suara?
Sehingga kini, petisyen dalam talian di change.org bertajuk ‘Siasatan Adil dan Keadilan untuk Rogol dan Pembunuhan Pelatih Perubatan dari Kolkata!’ telah menerima hampir 150,000 sokongan dari seluruh dunia.
Semoga Dr Moumita mendapat keadilan yang sewajarnya dan pelaku-pelaku yang bersalah dihukum dengan seberat-beratnya.