“Dinner paling Havoc”- Majikan hadiahkan banglo RM800k kepada staf raih perhatian ramai.
Korang mesti pernah dengar ungkapan, ‘dikurniakan majikan yang baik adalah salah satu rezeki’.
Betul, tidak semua orang bertuah mendapat majikan yang benar-benar menghargai usaha dan jasa pekerjanya.
Seperti kisah seorang pengguna TikTok ini, dia antara pekerja bertuah yang menerima penghargaan serta ganjaran mewah daripada syarikat tempatnya bekerja.
Menerusi perkongsian video yang dimuat naik, sebuah syarikat tempatan telah menghadiahkan pelbagai ganjaran lumayan kepada pekerjanya dalam satu majlis makan malam.
Dalam video tersebut, dapat dilihat hadiah yang diberikan termasuk:
- Beberapa buah rumah teres dua tingkat,
- Sebuah banglo bernilai hampir jutaan ringgit,
- Sebuah kereta Myvi,
- Tajaan umrah dan haji untuk pekerjanya.
Difahamkan, semua hadiah tersebut tidak termasuk bonus tahunan yang turut diberikan kepada setiap pekerja. Menurut pemilik video itu, majikan syarikat tersebut ialah Bonda Rozita, seorang usahawan terkenal dan juga ibu kepada usahawan sensasi, Aliff Syukri.
@kaktiii01 Dinner paling HAVOC sepanjang 4 tahun di JRM! Alhamdulillah penat lelah 2024 dah dapat habuannya… tapi ni belum masuk BONUS🔥✨ #JRMxRHStarNight #bondarozitaibrahim ♬ suara asli – dr. Valdo
“Dinner paling HAVOC sepanjang 4 tahun di JRM! Alhamdulillah penat lelah 2024 dah dapat habuannya…,” tulisnya.
“Ini baru betul reward!”
Rata-rata netizen yang menonton video ini memuji Bonda Rozita kerana menjadi majikan yang sangat menghargai jasa pekerjanya.
Namun, ada juga yang meluahkan rasa cemburu kerana walaupun telah bertahun-tahun bekerja, mereka tidak pernah menerima penghargaan sebegitu daripada majikan mereka sendiri.