Dinding flat Loke Yew sampai tercabut akibat ribut kuat landa ibukota

Dinding flat Loke Yew sampai tercabut akibat ribut kuat landa ibukota

Dinding flat Loke Yew sampai tercabut akibat ribut kuat landa ibukota. Ribut kencang pada petang semalam di Kuala Lumpur telah mengejutkan ramai warga kota yang rata-ratanya baru mahu pulang ke rumah selepas habis waktu bekerja.

Namun apa yang lagi mengejutkan ialah ribut kencang tersebut dikatakan telah menyebabkan dinding sebuah rumah flat di Loke Yew tercabut.

Kejadian dinding tercabut akibat ribut kuat itu telah dikongsikan di media sosial oleh orang awam.

Dinding flat Loke Yew sampai tercabut akibat ribut kuat landa ibukota

Difahamkan, menurut warganet di ruangan komen, kejadian yang sama telah pernah berlaku pada 2014.

Korang boleh tengok sendiri video dinding tercabut akibat ribut ini di TikTok yang dikongsikan oleh awc_brothers ini.

Untuk pengetahuan anda, bangunan flat Loke Yew ini telah dibina pada tahun 1968, jadi kebanyakan dinding rumah di situ sudah mulai uzur, reput dan longgar, lapor Harian Metro.

Ini kerana dinding tersebut dibina menggunakan kayu.

Bahaya betul untuk keselamatan penduduk di situ, harapnya pihak kerajaan atau mana-mana pihak yang berkaitan akan segera menggantikan dinding kayu di perumahan tersebut sebelum kejadian yang sama berulang lagi ketika ribut atau hujan lebat.

@awc_brothers Ribut Dekat KL #kualalumpur #budakflat #ribut ♬ Horror atmosphere piano & SE. – Kohrogi

Baca Lagi:
2 bulan batuk tak berhenti, bila pergi check terkejut ada lintah bersarang dalam tekak
Seleweng RM2.3 bilion dana negara, bekas menteri kanan bergelar Tan Sri disiasat SPRM
CATEGORIES