Dimadukan dengan kawan sendiri, isteri sayu lihat suami makan kek bersuap atas pentas

Photo of author

By Syima Iza

Dimadukan dengan kawan sendiri, isteri sayu lihat suami makan kek bersuap atas pentas. Tahun ini rancak dengan pelbagai kisah rumah tangga melibatkan orang ketiga, malahan para artis juga antara golongan yang terpalit dengan isu ini. Jika diberi pilihan sama ada berpisah atau dimadukan, seorang isteri sememangnya tidak akan ambil mudah. Lebih-lebih lagi sekiranya mempunyai zuriat hasil perkongsian hidup bersama suami.

Adik ipar rakam isteri perhati suami dan madu

Tular di tiktok @darlingsara, seorang wanita yang dikenali sebagai Paveena hadir ke majlis persandingan suaminya dengan isteri kedua. Biarpun, perkahwinan tersebut telah mendapat keizinan, terpancar rasa sayu ketika si isteri pertama memandang suami dan madu bersuapan kek di atas pentas. Malahan, empunya tiktok yang juga merupakan adik kepada suaminya turut menzahirkan rasa sedih buat kedua-dua isteri

Dimadukan dengan kawan sendiri, isteri sayu lihat suami makan kek bersuap atas pentas

Siapa sangka kawan rupanya jodoh suami..

Menerusi tiktok empunya badan @lin_putihviral, rupa-rupanya suami telah mengahwini rakannya sendiri. Mengenali madunya bertahun-tahun di Facebook, Paveena kemudian mengambil wanita itu bekerja bersamanya. Paveena juga menceritakan dia yang bertanyakan kepada suami jika ingin memperisterikan sahabatnya ketika di majlis kenduri.

@darlingsaraanna_ Kakak ipar lama mmg geng i. Yg baru pun baik. Smoga jd geng i jgk 😍 selamat pengantin baru kakak! And slmat pengantin lama abang 😂 #binikedua #abangkawinlagi #darlingsaraanna ♬ Instrumen Sedih – Yuda pratama

@lin_putihviral Assalamuaikum dari kwn, cari rezeki bersama2 sampai berteman hidup#viral #poligami #fypシ #fyp ♬ Ya Rabb يارب – Muhajir Lamkaruna

Baca Lagi:
Pemandu sedang minum kopi berlari kejar bas menggelongsor masuk gaung
Tak sempat hidang masa raya, sekeluarga rugi 3 kg sambal sotong anak biawak tiba-tiba jatuh dalam periuk
Wanita meracau mimpi dikejar sesuatu setelah lawat makam Mahsuri dan kutip bunga kemboja