Semua premis kedai makanan dan minuman termasuk gerai serta penjaja dalam kawasan Majlis Perbandaran Kangar (MPK) dilarang menggunakan penyedut minuman plastik untuk pelanggan, berkuat kuasa 1 Ogos ini.
Yang Dipertua MPK, Affendi Rajini Kanth, berkata sebagai alternatif, peniaga ataupun pemilik premis itu boleh menggunakan penyedut minuman yang diperbuat daripada bahan jenis biodegradasi.
Beliau berkata, kegagalan peniaga mematuhi arahan itu boleh menyebabkan tindakan penguatkuasaan dikenakan terhadap mereka.