Diceraikan suami selepas 2 jam lahirkan anak

Photo of author

By Syima Iza

Diceraikan suami selepas 2 jam lahirkan anak.

Seorang petinju Amerika Syarikat, Ryan Garcia menjadi perhatian apabila mengambil keputusan bercerai dengan isteri hanya dua jam selepas dia bertarung nyawa melahirkan anak mereka.

Garcia mengumumkan penceraian dengan Andrea Celina yang juga merupakan seorang model selepas wanita itu selepas berkongsi berita gembira dia menimang cahaya mata kedua.

Diceraikan suami selepas 2 jam lahirkan anak

“Dengan berat hati saya mengumumkan perkahwinan akan berakhir. Saya dan Celina akan bercerai namun saya ingin menekankan kami akan bersama membesarkan anak-anak,” tulis Garcia seperti dilaporkan DailyMail.uk.

Petinju berusia 25 tahun tersebut menjelaskan bercerai kerana sudah tidak mempunyai persefahaman. Pasangan yang berkahwin pada 2021 itu malah didakwa telah ingin berpisah sejak sebelum sambutan Hari Natal.

Keputusan Garcia menceraikan Celina hanya selepas dua jam wanita itu melahirkan anak kemudian mendapat kecaman dalam kalangan netizen.

Ramai yang menyifatkan petinju itu sebagai seorang pengecut.

“Anda mungkin petarung tapi menceraikan isteri yang baru melahirkan anak adalah tindakan seorang pengecut. Anda bukan lelaki sejati,” tulis seorang netizen.

Baca Juga:
Wanita dikecam warganet gara-gara lepaskan ratusan ikan hiasan ke dalam sungai
Komet ‘bertanduk’ saiz lebih besar daripada Gunung Everest sedang bergerak menghampiri Bumi
Budak perempuan India baca surah Al-Fatihah dengan lancar raih perhatian ramai