Diana Danielle fail cerai terhadap Farid Kamil

Photo of author

By Syima Iza

Diana Danielle fail cerai terhadap Farid Kamil. Tiada hujan, tiada ribut tiba-tiba mohon diceraikan.

Pelakon Diana Danielle telah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, Farid Kamil pada awal bulan ini atas alasan tiada persefahaman dan telah berlaku shiqaq (perbalahan berpanjangan).

Permohonan cerai tersebut telah disebut di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari dekat sini pagi ini. Bagaimanapun, Farid atau nama penuhnya Farid Kamil Zahari enggan melafazkan cerai tersebut.

Diana Danielle fail cerai terhadap Farid Kamil

Difahamkan pasangan itu tidak lagi tinggal serumah.

Sehubungan itu, Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan pasangan itu untuk menjalani proses Jawatankuasa Pendamai (JKP).

Permohonan itu akan ditetapkan semula untuk sebutan pada 28 Mac ini.

Baca Lagi:

PKR cabar Hadi nyatakan pendirian setelah dituduh ‘lawan Quran’
Petisyen Parlimen Marang: Hadi hadir ke mahkamah sebagai saksi
7 lelaki diberi notis amaran kerana berseluar pendek