“Dia DM laki saya” – Wanita terkejut suami terlampau baik hati ‘Transfer’ RM3,000 kepada TikToker berstatus janda

Photo of author

By Syima Iza

“Dia DM laki saya” – Wanita terkejut suami terlampau baik hati ‘Transfer’ RM3,000 kepada TikToker berstatus janda.

Zaman sekarang, pelbagai cara dilakukan untuk mendapatkan wang bagi menampung kos kehidupan yang semakin meningkat.

Antara kaedah popular yang dilakukan adalah melalui siaran langsung di platform media sosial seperti TikTok dengan menjual produk mahupun menerima hadiah daripada pengikut.

"Dia DM laki saya" - Wanita terkejut suami terlampau baik hati 'Transfer' RM3,000 kepada TikToker berstatus janda
Gambar hiasan

Namun, seorang isteri terkejut apabila mendapat tahu suaminya amat baik hati dan pemurah memberikan wang sebanyak RM3,000 kepada seorang TikToker yang berstatus janda tanpa membuat sebarang pembelian.

Menerusi posting yang dikongsi, wanita itu berkata pempengaruh berkenaan gemar melakukan siaran langsung dan didakwa menghantar mesej peribadi untuk berkongsi masalah kewangan serta rumah tangga.

“Hi, saya nak kongsi satu cerita. Ada seorang janda di TT (TikTok) selalu buat live (siaran langsung) semata-mata untuk tayang muka. Dia akan DM (direct message) lelaki untuk berkongsi masalah dia.

“Dia DM laki saya. Dia mengadu tentang hubungan dengan bekas suaminya. Dia mengadu tak ada duit. Mengadu sakit pening.

“Akhirnya, dia minta tolong suami saya beri duit dan suami saya transfer RM3,000 kepadanya. Alasan kesian. Apa anda fikir?” dakwanya di media sosial.

"Dia DM laki saya" - Wanita terkejut suami terlampau baik hati 'Transfer' RM3,000 kepada TikToker berstatus janda

Jelas wanita ini, suaminya memaklumkan kepadanya bahawa TikToker berkenaan masih bersuami, namun menerusi siaran langsung, dia memberitahu bahawa pasangannya tidak membantu menjaga anak.

“Pempengaruh berkenaan beritahu suaminya tidak beri nafkah dan sebagainya. Dalam masa yang sama, dia beritahu tak ada duit sebab perlu tanggung keluarga.
“Jadi, berjumpa pula dengan suami saya yang prihatin ini, cairlah dengan cerita dia,” ujarnya lagi.

Wanita itu berkata, TikToker berkenaan memaklumkan bahawa dia juga perlukan wang untuk membeli telefon bimbit baharu kerana ‘handphone’ lama pecah dibaling oleh suaminya.

Wanita ini turut memuat naik tangkap layar dan rekod siaran langsung yang dilakukan di media sosial.

Individu ini dalam posting berbeza menyarankan agar kaum isteri di luar sana memantau suami masing-masing kerana khuatir turut menjadi korban pujuk rayu wanita lain.

“Korang lebih baik check TikTok hubby ya. Berdasarkan pengalaman saya, mereka sanggup habiskan duit topup TT semata-mata nak bagi gift pada janda yang buat live.

“Tak percaya, awak boleh tengok di mana-mana TT buat live (siaran langsung). Kebanyakan suami orang yang murah hati memberi ni,” katanya.

Perkongsian ini mendapat perhatian pengguna Threads, terutama dalam kalangan wanita yang berang dengan sikap TikToker terbabit.

Namun, ada juga yang menyelar wanita ini agar memantau suaminya kerana memberi wang dengan rela hati.

“Dik, walau akak ni J (janda), tak jual muka di sosmed. Ni janda letak tepi. Suami awak sepatutnya sekat dia dan jangan layan. Ni beri RM3,000. Allahu.

“Sama-sama gatal. Nanti awak dapat madu sis.

“Lelaki ni mudah kesian dengan wanita lawa yang tersakiti. Walaupun kena scam macam ni.

“Sejujurnya, saya rasa suami awak bodoh.

“Pemurahnya suami awak,” demikian antara komen warga maya.

Baca Lagi:
Detik-detik pesawat Azerbaijan Airlines terhempas, 42 penumpang terkorban
Lelaki dalam dilema, ditegur kekasih kerana kerap peluk sepupu perempuan
Boleh jana pendapatan lebih, ini rahsia belakang resit ATM yang ramai orang tak tahu