”Detik hitam sepanjang 16 tahun bergelar pensyarah”

Photo of author

By Syima Iza

”Detik hitam sepanjang 16 tahun bergelar pensyarah”.

Pensyarah, Ridzuan Khalid berkongsi pengalaman pahit sepanjang bergelar pendidik apabila terpaksa berdepan dengan pelbagai karenah pelajar, termasuk yang tidak menunjukkan minat dalam pelajaran.

Ridzuan, atau lebih mesra dikenali sebagai Sir Ladang, meluahkan rasa sedih dan kecewa apabila mendapati ada pelajar yang masih mampu tersenyum, malah ketawa, walaupun memperoleh markah kosong dalam peperiksaan.

”Detik hitam sepanjang 16 tahun bergelar pensyarah”

Menurut Ridzuan, pelajar tersebut seolah-olah tidak menganggap markah yang rendah sebagai masalah besar, sehingga beliau sendiri mengalirkan air mata mengenangkan prestasi akademik anak didiknya yang semakin merosot.

“Ini adalah detik hitam sepanjang 16 ahun bergelar pensyarah. Masih boleh senyum dan gelak dengan markah kosong, seolah-olah tiada apa-apa. Maafkan saya kerana gagal mendidik tkamu semua,” katanya.

Ridzuan turut menambah bahawa ada kalanya para pensyarah terpaksa ‘mengemis’ meminta pelajar menghantar tugasan tepat pada masanya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai pendidik turut mengakui menghadapi masalah yang sama, termasuk di kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah.

Menurut mereka, generasi muda hari ini langsung tidak mengambil serius tentang pembelajaran, dan ramai pelajar hanya masuk ke kelas untuk berjumpa rakan, bukan untuk menuntut ilmu.

@sirladang Masih boleh senyum dan gelak dengan markah 0, seolah-olah tak ada apa-apa. Maafkan saya kerana gagal mendidik kamu semua #sirladang #lecturerlife ♬ bunyi asal – زاماني😎😍🇲🇾 – AWIE715😎😍🇲🇾

“Boleh lihat dengan jelas pelajar sekolah zaman sekarang. Masuk kelas rancak berbual dengan rakan, bertukar pelbagai cerita. Akhirnya, satu kerja pun tak siap. Bila ditegur, mereka melawan. Di mana hilangnya minat anak-anak ini? Kasihan, mereka miskin dengan ilmu,” kata Zahirah.

“Memang terasa sakitnya. Seperti kita yang gagal mendidik mereka. Setiap cikgu pasti pernah rasa seperti ini,” luah LilyAlly.

“Sir, sebagai cikgu sekolah, saya nak ingatkan awal-awal, keadaan akan jadi lebih teruk nanti. Saya mengajar pelajar tingkatan satu dan dua, dan masih ada yang belum tahu membaca ABC. Kelas depan atau belakang, sama je ‘struggle’ nak ajar sebab adab mereka sangat teruk,” kata Juyas.

Dalam pada itu, ramai ibu bapa turut mengakui anak-anak mereka tidak terkesan setiap kali menerima keputusan peperiksaan yang teruk.

“Memang anak-anak zaman sekarang macam tu. Anak saya umur 10 tahun, dapat markah rendah tapi dia tak rasa kecewa atau malu pun. Kerja sekolah tak siap pun dia bersahaja.

“Jauh beza dengan kita dulu, dapat markah rendah dah malu,” kata Haraqui.

Baca Juga:
“Rupanya bukan sebab curang”- Peguam dedah punca sebenar Fazura fail cerai terhadap Fattah Amin
Ramai yang tak suka makan, ini sebab kenapa nasi lemak perlu ada kacang tanah
Jangan lepaskan peluang! Mydin buat jualan murah 3 hari seminggu sehingga November, ini senarai tarikhnya