Detik-detik pesawat Azerbaijan Airlines terhempas, 42 penumpang terkorban.
Sekurang-kurangnya 42 orang terbunuh dalam satu nahas yang melibatkan pesawat Azerbaijan Airlines di bandar Aktau, Kazakhstan, pada hari Rabu.
Kementerian Kecemasan melalui kenyataan di Telegram mengesahkan bahawa pesawat J2-8243 itu membawa 67 penumpang termasuk lima kru.
“Laporan awal mendapati kira-kira 25 penumpang terselamat dan 22 daripadanya kini sedang dirawat di hospital,” jelas kementerian itu lagi.
Data penumpang menunjukkan bahawa 37 daripada mangsa adalah warga Azerbaijan, enam rakyat Kazakhstan, tiga warga Kyrgyzstan, dan 16 rakyat Rusia.
Rakaman yang menunjukkan pesawat Embraer 190 itu terbakar sejurus selepas terhempas turut tular di media sosial.
Difahamkan, pesawat itu sedang dalam perjalanan dari Baku ke Grozny di Rusia, namun ia terpaksa dilencongkan kerana kabus tebal.
Pesawat tersebut kemudian cuba mendarat secara cemas di Lapangan Terbang Aktau.
Sementara itu, agensi berita Interfax melaporkan bahawa pihak berkuasa di Astana sedang melakukan siasatan lanjut mengenai punca nahas tersebut, termasuk memeriksa jika terdapat masalah teknikal.
Pemerhati penerbangan Rusia juga melaporkan bahawa maklumat awal mendapati juruterbang membuat keputusan untuk mendarat cemas selepas pesawat dilanggar oleh burung.
@aero_international_euaAn Embraer 190 aircraft from Azerbaijan Airlines crashed today, December 25, 2024, near Aktau, Kazakhstan. The plane was carrying 67 people, including 62 passengers and 5 crew members. Tragically, the accident resulted in multiple fatalities, with at least 39 deaths confirmed. However, 28 people survived, including two children, and were taken to nearby hospitals for treatment. Rescue teams and authorities are at the scene conducting investigations to determine the causes of the crash.