Detik-detik imam meninggal dunia ketika solat subuh berjemaah.

Photo of author

By Syima Iza

Detik-detik imam meninggal dunia ketika solat subuh berjemaah.

Menerusi video kelihatan imam berkenaan sujud sebelum tertiarap selepas beberapa ketika sehingga menyebabkan seorang jemaah terpaksa mengambil alih tempatnya.

Baru-baru ini, tular satu video di media sosial memaparkan seorang imam di Indonesia yang meninggal dunia sewaktu memimpin solat subuh berjemaah di Masjid Al Ula, Balikpapan Barat.

Detik-detik imam meninggal dunia ketika solat subuh berjemaah.

Menerusi video yang tular itu, kelihatan imam berkenaan sujud sebelum diikuti oleh jemaah di barisan belakangnya.

Namun dia berada dalam posisi itu untuk satu tempoh yang lama sehingga membuatkan beberapa jemaah di belakang mengangkat kepala untuk melihat keadaannya.

Susuk tubuh imam tiba-tiba terbaring selepas sujud lama
Tidak lama selepas itu, kelihatan dia terbaring dan seorang jemaah yang berada di belakang dengan segera mengambil alih tempat untuk memimpin solat fardu tersebut.

Memetik laporan Kompas, imam yang meninggal dunia itu dikenali sebagai H. Andi Syamsul Bahri.

“Ya betul, ketika solat subuh sujudnya lama, rupanya sudah meninggal dunia,” jelas Dani yang merupakan salah seorang penduduk di sekitar masjid berkenaan.

Imam hembuskan nafas ketika sujud rakaat pertama
Perkara tersebut turut disahkan oleh pengurus Masjid Al Ula iaitu Abdul Kadir yang turut berada di saf kedua semasa berjemaah.

“Betul, saya di barisan kedua. Beliau menghembuskan nafas terakhir semasa sujud pada rakaat pertama. Kemudia solat diteruskan oleh H Burhansyah yang ada di belakangnya,” kata Abdul Kadir.

Menerusi maklumat yang dimiliki, Allahyarham mengalami masalah pernafasan dan pernah menderita mengalami masalah gastrik tetapi sudah sembuh.

“Arwah juga dikenali sebagai seorang yang baik hati dan tidak berselisih faham dengan orang lain.”

Menurutnya pemergian arwah turut memberikan kesan yang mendalam kepada penduduk di kawasan berkenaan terutama kepada pentadbiran Masjid Al Ula.

“Beliau aktif dalam DKM, kami merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham.

“Insya-Allah Allahyarham husnul khatimah,” ujarnya lagi.

Baca juga:
Penumpang pesawat terkejut temui cacing merayap dalam sandwic sayur
“Pengotor betul, macam tu je dia berak” – Pelancong wanita selamba buang air besar luar homestay di Cameron Highlands dikecam
Zahid sah terima laporan risikan sebelum, selepas pertemuan ‘Langkah Dubai’