Satu letupan bateri pengecas mudah alih (power bank) berlaku ketika penerbangan pesawat Thai AirAsia dari Bangkok ke Nakhon Si Thammarat pada pagi Sabtu lalu, lapor beberapa portal berita di Thailand.
Bagaimanapun, kru penerbangan berjaya memadamkan kebakaran dalam tempoh dua minit dan foto tular menunjukkan ruang kabin diselubungi asap sebelum pesawat berkenaan mendarat dengan selamat.
Portal berita The Thaiger melaporkan Menteri Industri Thailand, Pimphattra Wichaikul adalah salah seorang daripada 186 penumpang dalam pesawat sama.
Wichaikul mendakwa hampir semua orang pada hari itu membawa power bank ketika menaiki penerbangan. Beliau berkata:
Saya nak minta syarikat penerbangan dan pegawai lapangan terbang untuk memeriksa power bank dibawa penumpang ke dalam kapal terbang. Ia harus memiliki simpol Standard Industri (TIS) untuk memastikan (keupayaan) rintangan haba.”
Battery bank exploded in AirAsia Thailand during mid flight pic.twitter.com/OvaZEpsZFl
— @ (@anthraxxx781) February 29, 2024
Insiden berlaku di barisan tengah pesawat Airbus A320 dengan sebilangan penumpang mendukung anak masing-masing ke tempat lebih selamat. Tiada penumpang dilaporkan cedera dalam insiden tersebut.