Detik cemas isteri PM Israel dikepung perusuh semasa gunting rambut di salun

Detik cemas isteri PM Israel dikepung perusuh semasa gunting rambut di salun

Detik cemas isteri PM Israel dikepung perusuh semasa gunting rambut di salun. Polis Israel melancarkan misi menyelamat isteri Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu, daripada situasi tegang di sebuah salun rambut yang dikepung oleh penunjuk perasaan antikerajaan di Tel Aviv, lapor laman berita MailOnline semalam.

Beribu-ribu penunjuk perasaan di serata kawasan dalam siri protes besar-besaran terhadap rancangan Netanyahu untuk merombak sistem kehakiman Israel dan melemahkan kuasa Mahkamah Agung.

Kelmarin, sekumpulan penunjuk perasaan bertempur dengan polis yang melepaskan bom tangan dan meriam air ke arah para perusuh ketika mereka menghalang lebuh raya di Tel Aviv, menyebabkan berpuluh-puluh orang ditangkapNamun, isteri Netanyahu, Sara memutuskan untuk menggunting rambut di salun dan ia merupakan satu keputusan yang silap kerana sekumpulan penunjuk perasaan menyedarinya serta mengelilingi bangunan itu.

Detik cemas isteri PM Israel dikepung perusuh semasa gunting rambut di salun

Video di media sosial menunjukkan ratusan orang di luar bangunan salun tersebut menjerit dan membunyikan hon.

Dalam satu video lagi, berpuluh-puluh anggota polis sempadan separa tentera bergegas melalui jalan-jalan di Tel Aviv menuju ke salun tersebut di mana Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben-Gvir menyeru pasukan tersebut untuk melindungi nyawa Sara.

Satu rakaman video amatur menunjukkan Sara dibawa masuk ke dalam kenderaan yang dengan pantas menjerit meninggalkan tempat kejadian sambil orang ramai melaungkan perkataan: “Malulah!”

Netanyahu kemudiannya menghantar gambar menunjukkan beliau memeluk isterinya dengan memuat naik ciapan di Twitter bahawa Sara telah pulang ke rumah dengan selamat.

Baca Lagi:
Sebenarnya abang tolak tak kuat pun, saya salah landing’ – Fasha Sandha pertahankan Azhan Rani
2 lelaki, seorang wanita lakukan seks di atas jejantas di tahan polis
Tak sampai sebulan menang Lamborghini bernilai RM864,760, kereta hancur dalam kemalangan 
CATEGORIES