Detik cemas 7 sekeluarga saling berpelukan sebelum maut dihanyutkan kepala air

Detik cemas 7 sekeluarga saling berpelukan sebelum maut dihanyutkan kepala air

Tujuh sekeluarga termasuk kanak-kanak maut dalam satu kejadian kepala air di sini, baru-baru ini.

Mangsa yang mayatnya telah ditemui dikenali sebagai Shahista Ansari, 36, Amima Ansari, 13, dan Umera Ansari, 8. Mereka yang masih hilang pula ialah Adnan Ansari, 4, dan Maria Sayyad, 9.

Difahamkan, kesemua mereka berasal dari daerah Sayyad Nagar, bandar Pune.

Detik cemas 7 sekeluarga saling berpelukan sebelum maut dihanyutkan kepala air

Menurut polis, kejadian itu berlaku pada Ahad lalu apabila kira-kira 19 sekeluarga menaiki bas sewa untuk berkelah sambil menikmati pemandangan air terjun Lonavala.

Laporan media tempatan menyatakan, keluarga terbabit baru saja pulang dari Mumbai untuk menghadiri perkahwinan sebelum sepakat untuk berkelah di kawasan tersebut.

Menerusi video yang tular di media sosial, kelihatan keluarga besar itu saling berpelukan selepas mendapati diri mereka dikelilingi air sungai yang deras berikutan hujan lebat berterusan.

Meskipun ada usaha untuk menyelamatkan mereka, arus yang terlalu kuat membuatkan percubaan itu gagal sebelum mereka yang lain turut menjadi mangsa. Sementara itu, polis, anggota penyelam tentera laut, dan pasukan keselamatan lain kini giat mencari mangsa yang masih hilang.

Dilaporkan juga bahawa kawasan air terjun itu sememangnya menjadi kawasan larangan.

Terdahulu, pihak berkuasa telah memasang papan tanda sebagai peringatan kepada pelancong, bagaimanapun segelintir daripada mereka mengabaikan amaran tersebut.

Baca Juga:
Kematian mengejut pemain muda China di gelanggang, ini penjelasan Dr Malar apa sebenar yang berlaku
Ular sawa perut buncit rupanya baru sudah telan wanita
Orang ramai gempar lihat pocong tumpang trak pikap
CATEGORIES