Dengki kedai makan laris, suami isteri peniaga roti nan cedera parah disimbah asid, kedai dibakar

Photo of author

By Syima Iza

Dengki kedai makan laris, suami isteri peniaga roti nan cedera parah disimbah asid, kedai dibakar

Sepasang suami isteri berhadapan detik ngeri apabila seorang individu tidak dikenali secara tiba-tiba mencurahkan asid semasa mereka baru memasuki lif di Pangsapuri Laksamana Jaya, dekat sini.

Kejadian tersebut berjaya dirakam oleh televisyen litar tertutup (CCTV) yang dipasang di bangunan pangsapuri tersebut.

Dengki kedai makan laris, suami isteri peniaga roti nan cedera parah disimbah asid, kedai dibakar

Kes tersebut menjadi tular apabila seorang pemilik akaun Facebook bernama Khairy Adli telah memuat naik video kejadian dan gambar mangsa di hospital di dalam group ‘Gombak Food Delivery’.

Katanya, mangsa adalah keluarga sahabatnya dan pasangan suami isteri itu bekerja sebagai peniaga roti nan.

“Kemudian semalam (Rabu) mangsa disimbah asid. Mata dan badan melecur.

“Mohon sesiapa kenal yang buat macam ini beri maklumat. Mangsa pemilik kedai makan Nan Corner yang menjual roti nan di Selayang.

“Memang tidak selamat hendak berniaga di kawasan itu. Orang dengki banyak,” lontarnya di dalam media sosial Facebook.

Khairy turut meminta agar orang ramai memanjangkan lagi mesej yang dikongsikannya dalam platform tersebut.

Katanya, dia pernah makan di kedai keluarga kawannya itu dan makanan memang sedap serta ramai orang.

“The one and only best roti nan di Selayang. Bukan sekali dua benda-benda macam ini terjadi kepada mangsa, tapi mangsa bangun dan terus berniaga.

“Tak sangka dah sampai main bakar kedai dan simbah asid. Harap polis cepat buat kerja. Selayang is a hot spot for crime,” ujarnya.

Sementara itu, Sinar Harian cuba mendapatkan maklumat berhubung kebakaran kedai roti nan yang didakwa itu daripada pihak Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor.

Pihak JBPM bagaimanapun menyatakan tiada menerima panggilan melibatkan kebakaran tersebut.

@oja_ndallas #BERSYUKUR ♬ Horror atmosphere piano & SE. – Kohrogi

Baca Lagi:
Remaja 16 tahun di rogol abang tiri selama setahun meninggal dunia ketika bersalin
Ini 5 petanda awal sebelum terjadinya ‘Kepala Air’, anda hanya ada masa 10 minit untuk selamatkan diri!
Hanya buat senaman 4 minit setiap hari dalam masa 5 bulan, lelaki ini berjaya hilangkan perut boroinya